Searching...
Friday, 19 September 2014
06:48 0

VIDEO : SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT THAILAND YANG BEGITU MENGHORMATI LAGU KEBANGSAAN MEREKA


DI saat segelintir rakyat Malaysia mempertikaikan apa perlunya berdiri sewaktu lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ dimainkan di pawagam, mungkin kita perlu mengambil contoh dari negara jiran, Thailand.
Untuk makluman anda, di negara itu, lagu kebangsaan akan dimainkan dua kali sehari iaitu pada jam lapan pagi dan enam petang.
Ia termasuklah di stesen televisyen, radio, stesen keretapi, tempat awam dan juga bangunan kerajaan.
Amalan ini telah diperkenalkan sejak penghujung tahun 1930-an lagi oleh Perdana Menteri Phibunsongkhram dan diteruskan sehingga ke hari ini.
Sebaik sahaja lagu dimainkan, orang ramai akan berdiri dan menghentikan segala aktiviti mereka buat seketika.
Bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung ke negara itu, mereka mungkin agak pelik melihat apa yang berlaku.
Namun kebanyakan mereka akan ikut berdiri seperti mana yang dilakukan oleh penduduk tempatan.
Berbalik kepada sikap segelintir rakyat kita, lagu kebangsaan dimainkan di pawagam yang agak tertutup pun boleh dijadikan isu.
Inikan pula kalau dipasang di pasar awam seperti di Thailand.
Entah berapa banyak keluhan dan kritikan yang diterima agaknya ya? - MYNEWSHUB.CC


0 comments:

Post a Comment