image by collider.com |
"WASHINGTON: Anggota Navy Seal -unit komando khas tentera Amerika Syarikat - yang membunuh Osama bin Laden bersuara setelah menyepi dengan mengimbas semula malam beliau menembak ketua Al-Qaeda itu tiga kali dan bagaimana beliau menghadapi masalah kewangan kerana tidak bekerja.
Beliau merahsiakan identitinya dalam satu wawancara dengan majalah The Esquire baru-baru ini mengenai serangan nekad pada Mei 2011 itu.
"Dia kelihatan bingung dan agak lebih tinggi daripada apa yang saya jangka," katanya mengenai Osama.
Apabila komando menyerbu dan menyerang Osama di tingkat tiga tempat persembunyiannya di bandar Abbottabad di Pakistan, dalang Al-Qaeda itu sedang meletak tangannya di atas bahu isterinya yang paling muda.
Menurut anggota Seal itu, Osama menolak isterinya ke depan. Ada senapang AK-47 berdekatan mereka.
"Saya tidak tahu apakah dia (isteri Osama) ditolak agar mereka sama-sama mati syahid. Dia (Osama) mempunyai senjata yang boleh dicapainya. Dia satu ancaman. Saya perlu menembaknya di kepala.
"Ketika itulah saya menembaknya, dua kali di dahi. Bap! Bap! Kali keduanya dia rebah. Dia jatuh ke lantai di depan katilnya dan saya menembaknya lagi. Bap! Di tempat yang sama," dedah anggota komando itu lagi.
"Dia mati. Tidak bergerak. Lidahnya terkeluar," ujarnya.
Artikel The Esquire itu, yang merujuk kepada anggota komando itu sebagai 'Si Penembak', menumpukan tulisannya pada pengalaman pahit anggota Navy Seal menjadi seorang wira tidak bernama yang kini tidak diberi faedah pencen, insurans kesihatan atau jaringan keselamatan tambahan bagi keluarganya.
Artikel panjang itu diterbitkan selepas seorang lagi anggota Navy Seal yang mengambil bahagian dalam serangan tersebut, Matt Bissonnette, menerbitkan sebuah buku, No Easy Day (Tiada Hari Mudah), tahun lalu, yang mencetuskan kemarahan para pegawai Pentagon kerana didakwa tidak mengotakan ikrar tidak akan mendedahkan maklumat rahsia mengenai insiden itu. - AFP."

0 comments:
Post a Comment