Isu ini menjadi viral di media sosial apabila gambar model seksi berlakon sebagai krew kabin dalam iklan tersebut tersebar minggu ini.
Sebagai respon Pengarah Pembangunan, Vu Pham Nguyen Tung mengakui bahawa gambar-gambar tersebut memang diambil ketika ‘penggambaran percubaan’ iklan terbaru VietJet tetapi menjelaskan, ia masih dalam proses pertimbangan sama ada mahu digunakan atau sebaliknya.
Amboi, dah sakan bergambar macam ni kemudian cakap ia cuma penggambaran percubaan? Lawak…
Sementelah pula ini bukan kali pertama VietJet mencetuskan kontroversi berkaitan isu seksis sebenarnya.
Pada 2012 syarikat penerbangan ini didenda 20 juta dong (RM3064) kerana menampilkan tarian separuh bogel lima ratu cantik bagi meraikan penerbangan pertama mereka dari Ho Chi Minh ke Nha Trang tanpa memohon permit atau kebenaran.
Tindakan ini dikritik selepas penumpang merakam tarian disajikan lalu memuat naik di laman sosial.
Hai, VietJet ni nak berniaga tiket penerbangan ke perempuan sebenarnya? – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment