Menurutnya, dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia untuk kembali kepada pangkuan keluarga selepas berpisah sejak Disember tahun lalu.
Dia melangkah keluar dari penjara itu jam 9.35 pagi (3.35 petang waktu Malaysia) dengan memakai kot hitam dan seluar denim biru.
Ibu kepada empat anak itu disambut oleh kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, yang tiba di penjara berkenaan 15 minit sebelum Shalwati dibebas.
Sebelum ini, Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden di atas tuduhan mengasari serta mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu. ─ myMetro online
0 comments:
Post a Comment