AWAS!! PENCURI GUNA MASTER KEY CANGGIH UNTUK MENCURI KERETA ANDA
Kes kecurian kenderaan pada zaman sekarang biasa berlaku meski pun melibatkan kenderaan mewah.
Namun video viral memaparkan gajet terbaru digunakan pencuri kereta di Bangkok ini cukup membimbangkan.
Tidak mustahil, ia turut dimiliki pencuri kenderaan di Malaysia. Hanya dengan satu ibu kunci, pencuri boleh membuka pintu kenderaan belah pemandu dan menghidupkan enjin dengan pantas dan mudah.
Malah jika ia dilakukan di khalayak ramai dengan selamba, tiada siapa akan perasan satu kes kecurian kenderaan sedang berlaku depan mata mereka!
Tambah membimbangkan apabila seorang peniaga kunci memaklumkan di ruangan komen reddit.com; kereta terbaru dengan teknologi cip untuk menghidupkan enjin pun tidak terlepas jadi mangsa kerana jika pencuri berjaya memecah masuk, mereka boleh menggunakan alat program semula yang juga merupakan antara gajet pencuri kenderaan zaman sekarang.
Namun bagaimana canggih pun peralatan mencuri, usaha pencegahan daripada pemandu termasuk memasang penggera dan elak parkir kenderaan di tempat sunyi dapat mengurangkan risiko kenderaan anda menarik perhatian pencuri. - MYNEWSHUB
0 comments:
Post a Comment