KUALA LUMPUR – Laporan awal siasatan mengenai tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diketuai Lembaga Keselamatan Belanda (OVV) akan disiarkan menerusi laman web agensi berkenaan, 9 September ini.
Ia boleh dilayari menerusi www.safetyboard.nl mulai jam 4 petang, waktu tempatan.
Belanda menjadi pihak bertanggungjawab dalam menyediakan laporan hasil siasatan nahas pesawat berkenaan yang dikatakan ditembak jatuh di timur Ukraine 17 Julai lalu.
Nahas itu mengorbankan semua 298 penumpang dan kru termasuk 193 rakyat Belanda.
Sehingga ini, ramai yang mempertikaikan punca nahas dengan negara Barat meletakkan kesalahan itu kepada kumpulan pemisah Ukraine yang pro-Russia, manakala Moscow pula menyalahkan Kiev. - BH Online
0 comments:
Post a Comment