Arab Saudi Merancang Untuk Memindahkan Makam Nabi Muhammad S.A.W ke Baqi
Kerajaan Arab Saudi merancang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad di Masjid Nabawi di Kota Madinah. Khabar itu muncul setelah seorang sarjana Saudi mengajukan draf rancangan pemindahan makam nabi itu dalam dokumen setebal 61 halaman malam tadi .
Cadangan pemindahan makam nabi itu diberikan kepada sejumlah pengawas tempat suci. Dalam dokumen itu disebutkan makam nabi akan dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi.
Jenazah nabi nantinya akan dikuburkan tanpa nisan atau tanpa identiti. Menurut Saudi tindakan itu dilakukan supaya makam nabi tidak dijadikan berhala buat disembah atau menjadi dosa sirik, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Selasa (2/9).
"Mereka ingin mencegah para jemaah haji berziarah ke makam nabi kerana dianggap perbuatan sirik," kata Dr Irfan al-Alawi, pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam kepada surat khabar the Independent.
"Satu-satunya cara mereka mencegah orang berziarah ke makam nabi adalah dengan memindahkannya ke tanah perkuburan itu." Namun hingga saat ini belum ada kabar Raja Saudi Abdullah dan para penjaga masjid Nabawi meluluskan rancangan itu.
Kerajaan Saudi sebelum ini berkeras akan memperluaskan tempat suci umat Islam di Masjidil Haram Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. "Makam Nabi Muhammad sangat dihormati oleh kalangan Sunni dan Syiah. Saya yakin rancangan ini akan mengejutkan dunia muslim dan boleh menimbulkan kemarahan," kata Alawi.
0 comments:
Post a Comment