Semalam pula, Kertas Bahasa Inggeris juga bocor setelah anak-anak mendudukinya.
Ini adalah masa yang getir buat pelajar, ibu bapa dan guru-guru.
Tiada siapa pun yang mahu ia terjadi, tetapi hendak tak hendak, kita terpaksalah melalui zaman yang tidak diingini ini.
Haji Darus Awang. AAP., AMP, seorang penjawat awam di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Facebooknya telah memberi respon yang terbaik tentang kebocoran kertas UPSR 2014.
Penulisannya adalah sesuatu yang wajar untuk diamati mendalam demi pembangunan seimbang anak-anak.
SOALAN BOCOR ATAU INTEGRITI YANG BOCOR
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Haji Darus Awang. AAP., AMP.
Petang tadi anak saya yang kelapan bertanya: “pa betul ke soalan sains bocor, Shira dengar kawan-kawan beritahu soalan sains bocor”. Satu soalan pendek tetapi sukar juga untuk menjawabnya. Saya hanya beritahu: “esok Shira pergi aje ke sekolah, kalau ada periksa jawab elok-elok”. Anak pun mengangguk sahaja dengan penjelasan yang tidak menepati pertanyaan.
Begitulah dunia kanak-kanak hari ini. Mereka juga bermaklumat. Mereka boleh akses maklumat di hujung jari seperti orang dewasa. Anak kelapan saya memiliki kemahiran yang luar biasa dalam ilmu IT ini. Apa-apa sahaja barang elektronik seperti telefon bimbit, laptop atau apa jua gajet, mampu digunakanannya. Kita terkial-kila membaca “command” atau buku manual, tetapi anak hanya tekan sana sini sudah selesai.
Sudah lapan daripada sembilan anak saya menduduki UPSR. Seingat saya baru kali ini kes soalan UPSR bocor. Soalan PMR dan SPM pernah bocor satu ketika dulu. Semasa Cambridge yang menyediakan soalan peperiksaan untuk negara kita, tidak pernah ada kes kebocoran soalan kerana tingginya integriti orang putih. Kanak-kanak yang masih mentah terpaksa berdepan dengan tekanan psikologi yang tinggi, Terutama jenis ibubapa yang terlalu mengharapkan kejayaan cemerlang dan luar biasa dari anak sekecil ini.
Saya sebenarnya tidak pernah pedulikan peperiksaan UPSR ini. Sedikit pun saya tidak ambil peduli berapa A yang bakal diperolehi oleh anak-anak. Ayat-ayat mudah saya katakan pada anak-anak jika semua A pun bukan boleh terus masuk universiti. Semua subjek dapat A pun akan masuk tingkatan satu terlebih dahulu. Begitu juga dengan PMR. Saya juga tidak memberikan apa-apa tekanan pada anak-anak.
Jadi, anak-anak saya secara santai menduduki peperiksaan UPSR dan PMR. Sebabnya saya dan isteri tidak sedikit pun memberi tekanan kepada mereka. Mereka terlalu kanak-kanak untuk dipaksakan dengan kejayaan yang bukan-bukan. Sejujurnya saya mahu anak-anak membesar dengan cara semula jadi (natural), seperti zaman saya membesar dahulu. Biar mereka hidup dengan realiti zaman kanak-kanaknya.
Sistem pendidikan di negara ini telah meragut dan merampas zaman kanak-kanak secara keseluruhannya. Bertambah malang jika kedua ibubapa juga berperangai menekan anak-anak untuk lulus cemerlang. Pada mereka anak-anak yang cemerlang peperiksaan adalah kebanggaan kedua ibubapa, walaupun akhlaknya kurang cemerlang. Yang penting mereka berjaya dengan barisan semua A atau “straight A”. A adalah pengukur kecemerlangan walaupun akhlak tidak menjadi.
Perlu diingat, anak-anak bukan robot. Anak-anak kita adalah manusia yang punya jiwa dan perasaan. Jika mereka masih kanak-kanak, maka perasaan keanak-anakan itulah yang menjadi realiti hidup mereka. Sistem pendidikan kita hari ini mengajar kanak-kanak menjadi tua sebelum masanya. Zaman kanak-kanak mereka dirampas secara zalim dan kejam bersandarkan kecemerlangan akademik dan “straight A”.
Saya mendidik anak-anak dengan cara purba dan konservertif iaitu membiarkan kesemua anak-anak membesar secara ‘natural” seperti saya dibesarkan. Saya biarkan mereka bermain hujan dan panas. Mereka boleh bermain di longkang sambil tangkap ikan longkang dan banyak lagi kehidupan kanak-kanaknya dilayan seadanya. Mereka hidup santai dan ceria. Apabila mendudki peperiksaan mereka tetap berjaya cemerlang. Kesemua yang menduduki UPSR, PMR dan SPM berjaya dan cemerlang.
Kesemua mereka masih di bangku sekolah. Lima orang yang telah mendudki SPM, kini berada di universiti dalam dan luar negara di dalam pelbagai bidang profesional seperti perubatan, arkitek, kejuruteraan dan pensyarah. Yang sulung sedang menghabiskan pengajian sarjana. Saya tidak pernah menekan mereka di peringkat UPSR dan PMR. Jika mereka mahu tusyen saya hantar, jika mereka tidak mahu, belajar sahaja di rumah. Mereka bebas memilih untuk belajar kelas tusyen dan tiada paksaan.
Saya hanya fokus ketika di peringkat SPM. Di peringkat ini saya ingatkan mereka supaya lebih fokus pada masa depan. SPM adalah penentu untuk memasuki lebuhraya pendidikan peringkat tinggi. Bermula dengan diploma hingga ke peringkat doktor falsafah (Phd), itulah jalur pendidikan peringkat tinggi. Saya selalu ingatkan bahawa universiti berada di dalam diri, bukan di sekolah yang mereka duduki.
Sebab itu, sedikit pun saya tidak pernah ambil kisah tentang sekolah berasrama penuh. Ada anak-anak yang dapat memasuki asrama penuh untuk pengambilan tingkatan satu dan empat, tetapi mereka tidak pergi. Setakat ini, hanya anak ke empat memasuki tingkatan empat di asrama penuh dan anak ketujuh memasuki ketika tingkatan satu. Bukan kehendak saya dan isteri, tetapi itu kehendak dan pilihan mereka sendiri.
Maknanya kejayaan bukan di sekolah, tetapi di dalam diri mereka sendiri. Mereka yang mengurus kejayaan dengan bimbingan dan sokongan kita sebagai ibubapanya. Saya dan isteri sentiasa sibuk dengan tugasan kerja rasmi, Di waktu antara maghrib dan isyak ketika di bilik solat, saya bertanyakan tentang persekolahan mereka. Itu sahaja masa yang saya ada untuk memberi dorongan kepada mereka. Tetapi setiap malam kami bersolat hajat untuk kejayaan ahli keluarga. Inilah kekuatan luar biasa yang tiada tolok bandingnya.
Apabila terdengar cerita dan terbaca berita di dalam media sosial tentang soalan bocor, terfikir oleh saya soalan bocor atau integriti segelintir orang yang diamanahkan itu yang bocor. Kenapa boleh bocor. Apabila bocor mesti ada orang yang kena dipertanggungjawabkan di atas kebocoran ini. Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Kes ini lebih kepada bocor atau ketirisan integriti mereka ini. Antaranya pencetak soalan, segelintir pegawai di Lembaga Peperiksaan KPM dan juga pegawai yang diamanahkan di Bilik Kebal setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Saya bukan menuduh, tetapi kebocoran pasti bermula dari salah satu lubang di situ.
Agak lama saya bekerja di KPM Putrajaya. Sedikit sebanyak perkara-perkara dasar seperti ini saya tahu juga. Isunya lebih kepada integriti pegawai yang diamanahkan menggubal soalan, pencetak yang diamanahkan mencetak soalan dan pegawai yang diamanahkan menjaga Bilik Kebal. Mereka ini perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu. Mereka telah mengharubirukan suasaa ketenangan murid yang sedang menduduki UPSR. Kurang sungguh integriti segelintir mereka yang diamanahkan terhadap perkara-perkara yang sulit seperti soalan peperiksaan ini.
Namun begitu, kelihatan anak saya rileks dan santai sahaja. Sebabnya tiada apa-apa tekanan dari kami sebagai ibubapa kepadanya. Kami biarkan dia membesar dengan dunia kanak-kanaknya tanpa dirampas dengan meletakkan harapan yang menggunung tingginya. Sedangkan dia hanya seorang kanak-kanak. Saya mahu kesemua anak saya menikmati zaman kanak-kanaknya sebaik mungkin. Harapan yang terlalu tinggi menjadi tekanan kepada anak-anak kita. Mereka akan stress. Bertambah stress jika peperiksaan ditangguhkan.
Kredit: Haji Darus Awang. AAP., AMP., dengan izin.
Pengalaman yg sgt bagus dlm mendidik anak2..
ReplyDeleteAlhamdulillah...terkesima saya membaca artikal ini dalam mendidik anak-anak.
DeleteI am totally agree.zaman kanak2 ni patut dihayati bukan dibebani
ReplyDeleteTotally agree with U too
DeleteMasa untuk santai dan enjoy ialah zaman kanak2 dan remaja. Dah masuk alam pekerjaan mmg takde peluang dah
ReplyDeletemasa belajar adalah the best moment...
Deletealhamdulillah hidup ini sentiasa di sinari dengan best moment
hahaha.. cara kita sama bro....
ReplyDeleteKalau ibu bapa boleh berfikiran terbuka seperti ini amatlah indahnya kerana zaman indah kanak2 dinikmati sepenuhnya... Apa pun keadaannya pasti ada hikmah disebalik yang berlaku untuk kita fikirkan dan kita renung2kan...
ReplyDeletesetuju..
DeleteSaya sangat setuju. Ibubapa sangat mementingkan A untuk kepuasan diri sendiri - nanti boleh dibangga di opis.
ReplyDeleteNk baca pun x seronok...iklan ni menggangu
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
DeleteKita secara umumnya telah silap menilai kejayaan yg sebenar. Matlamat yg sebenar adalah mendidik anak2 menjadi orang yg bertakwa iaitu kejayaan utk dunia dan akhirat. Jika matlamat ini berjaya, selebihnya akan menjadi mudah.
ReplyDeleteSaya sangat kesiankan anak saya yang terpaksa melalui hari persekolahan dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 6.30 petang. Come onlah...Budak darjah 1 tuh...Perlukah mereka melalui satu hari pembelajaran sehingga tak sempat untuk bermain bersama rakan-rakan dipadang,tidur dan menonton cartoon. Kalau tengok buku teks dan bebanan berat beg pun dah terasa bebannya.Tapi dia budak-budak, apa yang diorang tahu?...Cara cikgu mengajar pun tak se kreatif mana pun..takder aktiviti dan tak menyeronokan seperti pembelajaran di Negara jepun atau Negara maju lain..macam dulu-dulu jugak....tapi dulu kita dah sampai kul 1 tuh dah kira tak sabar-sabar nak balik rumah...selepas mengaji dan boleh terus main sampai petang...hehe
ReplyDeleteSaya juga tak pernah hantar anak saya untuk ke kelas tuisyen semasa mereka di sekolah rendah. Kasihankan mereka yg terpaksa menghadap buku dari pagi hingga ke malam....apa yg saya buat, hanya belikan kertas soalan dan buat latihan tubi semasa hujung minggu ..itu sudah memadai.... mereka pun perlu rehat dan bermain macam budak2 lain...
ReplyDeleteUPSR adalah peperiksaan yang tidak bawak ke mana..kalo UPSR cemerlang sekalipun jika SPM terkandas tiada maknya..SPM lah yang paling penting untuk menuju kejayaan
ReplyDeletemak bapak je yg lebih2 sbnrnya. maklumlah, takut KALAH ngan jiran2 sedara mara. persekitaran yg mendorong mak bapak jadi mcm nih. lagi satu, sistem pendidikan kita yg terlalu berorientasikan akademik punca segala2 nya. sahsiah ntah ke mana. ilmu akhirat ? hmmm....tak tau nak jawab apa. sy tak tuju hanya utk UPSR. ni utk umum.. sampai ke universiti..
ReplyDeleteSaya membesar dengan cara yang tuan nyatakan,
ReplyDeleteI create my own path with the guide from my parents and teachers.
Walaupun result tak seberapa tapi alhamdulillah saya
bahagia dan puas hati dengan apa yang saya dapat sekarang ini :)
come on. I'm 20 and those in my batch and younger would admit that when we sit for our UPSR few years back pn ada je. PMR and SPM pun ada ja sebenarnya. cuma pihak atasan mungkin tidak tahu, dan mungkin ini adalah masa apabila mereka mahu mengambil tindakan. Tetapi mash ada yang menyalahkan mereka.
ReplyDeleteBagi saya? INDIVIDU yang salah. Individu yang memberi dan individu yang menerima soalan tersebut. Integriti itu pada diri. I used to be surrounded by people that find for those questions, people share those questions. But still, few of my friends and I did not even care about that. Sebab? diri tahu dan faham. so if ada yg ibu bapa nk salahkan orang lain, just ask the children, are they really understand?
Hasil kemerdekaan selama 57 tahun. Umat islam di Malaysia masih tidak merdeka mindanya dari tipu daya syaitan akibat penerapan akhlak dan taqwa tidak ditekankan dalam pentadbiran. Apa yg sgt ditekankan hanya prestasi kerja bukannya kejayaan dunia menuju akhirat. Amanah dijadikan alat mencapai matlamat individu bukan melaksanakan tanggunjawab pada Allah Rasul dan umat islam.
ReplyDeleteMemang sistem pendidikan kita telah meragut masamuda mereka. Mereka dibebani dengan silibus yang banyak di peringkat rendah. Sepatutnya pendidikan Islam seperti akhlak, kemahiran al Quran , fardhu ain dan fardhu kifayah yg perlu dititikberatkan. Tapi tidak. Mereka ditekan utk dpt straight A. Nak masuk sekolah asrama penuh dsb. Mak bapak bukan main bangga bila bercerita jika anak berjaya capai matlamat mereka. Itu sbbnya bila di sek menengah, ramai yg tak perform kerana prestasi yg sebenar baru kita tahu.
ReplyDeleteMungkin negara kita hanya mempunyai industri yg sgt trhad. Kita tidak ada indutri perfileman, bolasepak, muzik yg gah di malaysia. Kita masih perlukan tenaga kerja dlm bidang oil&gas, kedoktoran, manufacturing, perakaunan dan sebagainya.
ReplyDeleteBerbeza di negara maju yg lain. Mereka mempunyai byk industri utk rakyat mereka ceburi. Contohnya, jika minat bermain bola, mereka digalakkan utk bermain bola dan pendapatan sgt lumayan. Sama juga dgn penyanyi atau pemuzik, mereka dilatih sejak kecil utk menjdi bintang. Latihan yg mereka trima memg mereka inginkn..bukan paksaan.
Alangkah indah jika hobi dijadikan pekerjaan, seperti tidak bekerja seumur hidup
Catatan pengalaman yang menarik..
ReplyDeleteAssalam..... Saya amat tertarik dengan catatan pengalaman saudara yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. JazakAllah.
ReplyDeleteKomen yang sangat menarik...sejuk hati baca komen ni...
ReplyDeleteMmg btul... x semestinya x cemerlng upsr xakan brjaya dlm hidup... spm y pntng... ank sy pn hanya 1a4b... bsekolh dkt dgn kdiamn... lbh senng sy nk pantau... sy pn x galakkn mrk skolh asrama mada ting 1 ni.. ini pndpt pribadi sy n ayahnya...
ReplyDeleteTerima kasih perkongsian tuan. Saya menerapkan teknik ini kepada anak-anak saya. Biarlah mereka menikmati zan kanak-kanak yang indah seperti saya dulu.tips ini boleh diamalkan oleh semua pihak.
ReplyDeletesbg seorang guru..kami tertekan dengan target jpn dan ppd yag mahukan A dan GPS yag terbaik. kalau tidak menepati kehendak mereka..kami akan di bebani dengan pelbagai strategi dan plan utuk memenuhi hasrat tersebut. nak tak nak pelajar2 turut di tekan utk mencapai hasrat tersebut...
ReplyDeletesemua pihak harus pandang serious perkara ini...tidak wajar mendewasakan anak sebelum masanya. Saya bersyukur dgn pembelajaran secara santai anak2 saya tetap cemerlang disekolah dan masih berpeluang mengikuti berbagai aktiviti yg bermanfaat. Kami mempunyai masa berkualiti utk bersama
ReplyDeleteSecara tak sedar aku juga mendidik anak2ku dgn santai... Asal saja mereka dididik dgn akhlak yg baik....
ReplyDeleteberbicara memang senang... realitinya majoriti ibu bapa tidak begitu..
ReplyDeletesatu perkongsian yg berguna
ReplyDeleteBukn mak bpk shj yg mnidakkn zaman kanak2 tp golongn tpelajar...pemimpin cerdik pandai juga ubah mentaliti mrk
ReplyDeleteSetuju sangat2
ReplyDeleteperkongsian sgt berguna buat saya...sy akan cuba cara ni..lebih santai...
ReplyDeleteDari peringkat tadika lagi, kebanyakkan anak2 saya tidak tahu membaca, mengira malah anak ke-4 tidak tahu memegang pensel hari pertama beliau disekolahkan. Saya tidak pernah memaksa mereka kerana saya tahu zaman saya di Tadika, kami hanya menyanyi dan mewarna. Darjah satu masih ada yang tidak reti memegang pensel.
ReplyDeleteTapi itu zaman saya, zaman sekrg anak2 umur 3 tahun sudah dihtr belajar ABC dan 123. siap ada exam untuk menentukan tahap pembelajaran anak2. Umur 4 tahun bawak homework balik ke rumah.
Biasanya jika ini caranya, saya akan keluarkan anak saya dan enroll tadika yang menepati citarasa 'santai' spt artikel ni ditulis
Sangat setuju denngan respobd dariapada Tuan Haji Darus Awang berkaitan Isu soalan bocor Vs Integriti bocor?
ReplyDeleteWalaupun ia berlaku di peringkat UPSR~ ramai anak2 murid kita yang turut sama merasai tekanannya directly and indirectly.
Terkenang zaman saya UPSR dahulu~
Walaupun sekadar UPSR~ kami benar2 merasakan Thrill peperiksaan tersebut.
Tiada Soalan bocor.
Tiada kelas2 tambahan di Malam hari atau lewat hari peperiksaan
TIADA kata2 dari guru supaya mengintai orang sbelah (bg murid2 yang lemah)
Tiada kata2 dan nasihat 'kerjasama' dengan memberi kemudahan kpd rakan2 sebelah melihat jawapan kita
Memang tiada.
Dirasakan menjalani UPSR pada ketika itu benar2 mengujikan, telus dan bersih.
Sayangnya..semakin hebat pendidikan negara kita mencapai kemajuan~
Semakin banyak kpi yang diletakkan untuk memastikan Mutu pendidikan negara kita berkualiti tinggi~
Semakin concern JPN,PPD Dengan pelbagai angka dan statistik menganalisa kecemerlangan calon peperiksaan dikawasan masing2
Semakin banyak seminar2 integriti dijalankan~
Berlaku pembocoran soalan peperiksaan.
Pasti ada yang tak kena dimana yang perli diteliti semula.
Moga~ anak2 kita ini dapat merasai pengalaman menduduki peperiksaan yg telus sebagaimana zaman kita yg terdahulu
WaAllahualam
Salam kenal
Che'Pah
www.latifahsuleiman.blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePerkongsian yg menarik..thanks
ReplyDelete