Lembaga Tabung Haji (LTH) menafikan firma tersebut membuat pelaburan dalam bidang hartanah dengan nilai RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, LTH menjelaskan, setakat ini, entiti pengurusan dana haji negara itu tidak pernah membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar di Amerika Syarikat.
"LTH melahirkan rasa kesal terhadap spekulasi baru-baru ini yang mengatakan kami ada membuat pelaburan di Amerika Syarikat.
"Tiada sebarang transaksi atau pembayaran yang dibuat bagi pelaburan di Amerik Syarikat.
"Orang ramai diminta tidak mempercayai laporan yang diambil daripada sumber-sumber tidak rasmi yang hanya bersifat spekulasi serta tidak benar," katanya.
LTH sebelum ini dilaporkan merancang untuk melabur sebanyak RM640 juta di Detroit yang dianggap sebuah bandar yang hampir 'hancur' dan telah menyebabkan nilai hartanahnya merosot.
Tambah LTH, firma itu setakat ini hanya membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia bagi tujuan kepelbagaian pelaburan.
"LTH sangat berhati-hati di dalam kesemua aktivitinya bagi memastikan kepentingan umah dan pendeposit yang amat dihargainya," katanya.
Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan bangunan-bangunan tinggi di Detroit telah ditinggalkan kosong sejak 10 tahun lalu manakala populasi penduduk merosot kepada 700,000 orang berbanding dua juta sebelumnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad sebelum ini pernah melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang membuat pelaburan atau membeli hartanah di luar negara yang akan mengakibatkan pengaliran keluar modal
0 comments:
Post a Comment