GAMBAR PROTON IRIZZ DIPANDU DAN DIPERKENALKAN OLEH TUN DR MAHATHIR SENDIRI
Kini Akhirnya Proton PCC, Iriz, pertama kalinya dapat di lihat atas jalan tanpa sebarang 'bungkusan' di The Loaf, Pavillion.
Untuk makluman, Proton Iriz adalah kereta kompak pertama dari Proton yang sebelum ini tidak pernah dipandu di atas jalan raya secara terang-terangan. Ini adalah kali pertama ia dipandu di atas jalan tanpa ada sebarang sticker pembalut.
Yang lebih mengejutkan, kereta itu dibawa sendiri oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahatir Mohammad ke sana untuk bersarapan!. Beliau dilihat bersama beberapa pegawai tertinggi Proton bersarapan bersama.
Tapi, ini adalah satu kejutan yang menarik dan teknik marketing yang baik dari Proton sendiri, dengan memberi Bekas Perdana Menteri sendiri membawa kereta berkenaan.
Jom saksikan gambar Tun dan Proton Iriz ni bersama. Boleh nampak dalam kereta tu, Tun sendiri yang pandu! - SiakapKeli.com
Credit Gambar : Paultan, Funtasticko
kereta proton savvy tu bukan jenis compact ke? kalau x silap savvy ni dikeluarkan semasa era perodua myvi baru diperkenalkan...dengan nama yang hampir sama maka masa tu persaingan mula wujud antara 2 kereta nasional ini... mengharapkan proton n perodua dapat bergabung
ReplyDelete