Apa lah yang tak kena dengan lelaki ini? Beliau bertindak kejam membunuh anak kucing tanpa sebab dengan cara memijaknya. Kejadian ini berlaku kira-kira jam 2.55 pagi di satu kawasan di sekitar Kuala Lumpur.
Perlakuan kejamnya itu telah berjaya dirakam oleh CCTV berhampiran.
Apa yang menyedihkan dalam kejadian itu, ibu kepada anak kucing tersebut cuba untuk menghalang perbuatan lelaki tersebut tetapi turut disepak oleh lelaki tersebut.
Seterusnya lelaki tersebut bertindak memijak anak kucing itu berkali-kali sehingga tidak bernyawa.
Semoga pihak berwajib dapat mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut yang telah membuat zalim terhadap haiwan.
0 comments:
Post a Comment