Searching...
Tuesday, 30 September 2014
23:00 0

LARIS!!! 510 LEMBU HARI RAYA KORBAN TERJUAL BILA PENJUAL GUNA TAKTIK INI



Jurujual di sebuah pasar lembu bagi memenuhi permintaan sempena Hari Raya Korban, di Depok, pinggiran Jakarta. Taktik unik pasar tersebut meletakkan jurujual wanita sebagai tarikan sejak tiga tahun berjaya melariskan jualan, dan 510 ekor lembu berjaya dijual tahun ini berbanding 440 pada tahun lepas. – Gambar Reuters, 1 Oktober, 2014.
22:51 0

MENYUSURI KEINDAHAN KINCIR ANGIN, TEROMPAH DAN KEJU BELANDA

Melihat beberapa brosur yang memaparkan keindahan Zaanse Schans membuatkan hati penulis dan rakan jurugambar, Mohd Fareez Fadzil meronta-ronta untuk ke tempat ini. Selepas beberapa hari di Rotterdam, kami menaiki metro ke Amsterdam yang mengambil masa kira-kira 40 minit sahaja. Misi utama untuk ke Zaanse Schans.
 
Bergegas mencari hotel kerana membawa bagasi yang berat, kami bernasib baik kerana Hotel Ibis yang betul-betul bersebelahan Amsterdam Centraal masih banyak bilik. Selepas urusan hotel selesai, kami terus berjalan menuju ke stesen bas yang terletak di sebelah kanan Amsterdam Centraal untuk ke Zaanse Schans dengan menaiki bas merah bernombor 391.
 
Perjalanan menaiki bas henti-henti dirasakan lambat sekali.  Keadaan bas yang berhawa dingin membuatkan penulis terlelap. Sedar-sedar sahaja bunyi bising sekumpulan penumpang turun dari bas - hanya tinggal penulis bersama Fareez. Dalam keadaan kalut, sempat penulis bertanya kepada pemandu bas di manakah Zaanse Schans dan beliau menunjukkan kawasan itu di hadapannya.
 
 
Wah, seronoknya! Itulah perasaan penulis dengan pantas kami berjalan.  Berjalan kaki kira-kira lima minit dan melewati sebuah Muzium Zaans juga Pusat Informasi Zaanse Schans, penulis sudah nampak kincir angin yang besar dan banyak. 
 
Dari pintu masuk, kawasan ini sebuah desa yang cantik. Pemandangan yang memukau mata itu mengingatkan penulis tentang cerita-cerita 'fairy tale' rumah gula-gula dengan kincir angin yang pernah dibaca semasa kecil. Ketika penulis tiba di sini cuaca cerah tetapi berangin.
 
Pokok dan rumput-rumput panjang yang menghijaukan Zaanse Schans bagai menari mengikut rentak angin. Kawasan rumput itu menjadi lokasi lembu-lembu mencari makan. Rumah-rumah kayu tradisional Belanda yang berwarna hijau, kelabu, coklat dan merah yang terletak di Sungai Zaan melengkapkan keindahan desa ini.
 
 
Pelancong boleh memasuki desa ini tanpa dikenakan bayaran. Memasuki sahaja kawasan ini pengunjung akan terdengar kicauan pelbagai spesis burung.
 
Perkampungan Zaanse Schans diwujudkan sejak 53 tahun lalu adalah gambaran kehidupan masyarakat Belanda pada abad ke-17 dan 18. Desa ini bukan sekadar ada muzium dan kilang tetapi juga terdapat penempatan kediaman, yang mana penduduk telah menetap di sini sejak tahun 1961.
 
Zaanse Schans terletak di wilayah Zaanstad yang sangat terkenal sebagai kota industri pertama di Eropah. Zaanse Schans cukup luas. Mengambil kata-kata seorang jurugambar yang mengambil gambar setiap pengunjung yang memasuki Zaanse Schans, seseorang perlu menghabiskan separuh hari untuk menikmati keseluruhan desa ini.
 
 
Sayangnya, penulis memiliki waktu terhad - dua jam sahaja di sini. Tempat pertama yang dimasuki penulis ialah kedai clogs atau terompah kayu. Kedai ini bukan sekadar sebuah kedai semata-mata kerana di dalamnya sarat dengan sejarah pembuatan terompah ini.
 
Terompah kayu ini sangat popular di Belanda 700 tahun lalu. Digunakan pada musim sejuk, terompah ini adalah ikon Belanda. Di kedai ini pengunjung juga ditunjukkan cara-cara menghasilkan terompah kayu, sesiapa yang berminat boleh duduk di bangku yang disediakan untuk melihat penghasilan terompah itu. Tetapi mata penulis lebih tertarik melihat pelbagai warna, bentuk dan saiz terompah yang ada di kedai itu. Dari terompah biasa hingga bersaiz gergasi. Kesimpulannya semua cantik di mata cuma harga terompah yang dijual agak mahal.
 
 
Dari rumah terompah, penulis berjalan ke rumah keju yang kedudukannya tidak jauh. Di rumah ini, pelbagai jenis keju segar dihasilkan. Cakap apa jenis keju yang dikehendaki - bukan sekadar keju krim, keju cheddar tetapi menariknya ada keju asparagus, keju cili, keju cendawan, keju lada hitam, lada putih dan keju sayur.
 
Keju-keju yang dibungkus dengan kertas berwarna-warni menjadikan kedai ini cantik. Apabila berada di rumah keju ini barulah penulis tahu ketulan kecil dan besar berwarna kuning yang penulis lihat ketika di Rotterdam rupa-rupanya keju. Kakitangan rumah keju itu memberitahu, keju di Belanda cukup terkenal kerana kualitinya dan rakyat negara itu antara populasi yang makan paling banyak keju di dunia. Menariknya di sini keju yang djual masih baru dengan jaminan dua bulan tanpa perlu diletakkan di dalam peti sejuk.
 
 
Keluar sahaja di rumah keju, penulis duduk di bangku luar sambil memerhati beberapa ekor ayam yang diberi makan oleh para pengunjung. Ayam yang dibiarkan mencari makan di luar itu 'gemuk-gemuk belaka' menyebabkan haiwan itu nampak comel. Tapi awas, pengunjung yang membawa makanan akan diikut jika tidak memberinya makanan.
 
Penat berjalan, penulis duduk bersila di tepi Sungai Zaan sambil mata tidak putus menghayati keasyikan itik-itik berenang di tepian sungai sambil mata melihat bot-bot menyusuri sungai membawa penumpang. Di kiri dan kanan penulis terdapat beberapa keluarga yang berkelah sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa.
 
Selain berjalan, pengunjung di Zaanse Schans boleh memilih untuk berbasikal kerana perkhidmatan sewa basikal turut disediakan.
 
Seorang penjual di sebuah kedai memberitahu penulis, Zaanse Schans yang dibuka sepanjang tahun menerima ribuan pengunjung sehari. Tidak lengkap kunjungan ke Amsterdam jika tidak melawat perkampungan ini.
 
 
Di Zaanse Schans terdapat enam kincir angin besar yang digunakan di kilang rempah, memotong kayu, cat dan minyak.
 
Penulis difahamkan kilang-kilang itu adalah industri terawal dijalankan di Zaandam. Pengunjung yang masuk ke kilang ini dikenakan bayaran, kalau tidak silap 3.50 euro.
 
Penulis juga sempat memasuki muzium yang memaparkan susun atur dan hiasan rumah orang Belanda, selain muzium bakeri yang mempamerkan pelbagai peralatan dan acuan membuat kuih. Memasuki muziun bakeri ini pasti membuatkan perut berkeroncong kerana aroma candy, gula-gula, biskut, pelbagai stroopwaffles dan roti putih manis dengan badam di dalam yang popular di Zaanse Schans. Penulis tidak mampu menghabiskan roti yang dibeli kerana rasanya sungguh manis sehingga tidak tertelan.
 
 
Sebenarnya penulis teringin sangat masuk ke dalam rumah besar yang cantik di Zaase Schans, dari luar sahaja sudah tertarik dengan dekorasi halaman yang dihiasi pelbagai bunga, rasa macam hendak petik saja. Tapi mustahil sebab rumah-rumah itu milik persendirian.
 
Penat berjalan, pelancong yang mahu mengisi perut, di Zaanse Schans terdapat kafe yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dan minuman. Di sini, selain kopi, minuman coklatnya cukup popular tetapi penulis memilih ais krim kon kerana tertarik dengan putaran ais krim vanila yang tinggi.
 
Bagi yang mahu membawa ole-ole dari Zaanse Schans, laluan ke pintu keluar terdapat beberapa kedai menawarkan pelbagai tanda kenangan dari desa popular bagi pelancong yang berada di tanah tulip ini. - Malaysia Gazette
21:57 0

BAYI 3 BULAN MENINGGAL DI TASKA PERMATA BONDA PUTRAJAYA


Lagi kes bayi meninggal di Putrajaya. Seorang bayi berusia tiga bulan lebih meninggal dunia di sebuah taska di Putrajaya.

Mangsa, Imna Khalisa, 3 bulan+, meninggal di Taska Permata Bonda, Presint 11. Bagaimanapun punca kematian masih belum diketahui. Pihak keluarga mangsa masih menunggu keputusan autopsi yang sedang dilakukan.

Baca luahan hati bapa saudara mangsa di bawah:

Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meninggal br dapat tau. Ada kesan luka di atas hidung dan kepala.

Pernah ada kes dulu taska ni. Korang boleh google 'taska permata bonda'. Aku masih tak faham kenapa dulu takde ape2 tindakan dr pihak berkuasa utk menutup premis tersebut dr terus beroperasi. Sekarang anak buah aku jadi mangsa.

Trust me. Someone will pay and heads will roll.

Thanks kepada semua yg turun semalam dan pertolongan korang semua...appreciate it a lot. Saya merayu utk kengkawan share about this. They need to pay for what they did to my niece! Tiada kompromi



Bagaimanapun, Boii Amani Hashim berkata, beliau akan mengumumkan punca kematian adik Imna Khalisa sebaik saja laporan autopsi dikeluarkan. - My Media Hub
09:17 0

MANGSA DEDAH TAKTIK LELAKI MIANG BERUSAHA UNTUK MENJERAT WANITA BERTUDUNG




Laman blog dan portal sebelum ini sudah beberapa kali membuat cerita mengenai kisah seorang lelaki yang menyamar menjadi seorang jurugambar dan cuba menjerat wanita untuk dirakamkan gambar mengaibkan mereka.
Difahamkan beberapa mangsa penipuan lelaki itu sudah pun membuat laporan polis supaya pelaku dan individu bertanggungjawab berjaya diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan.
Bagaimanapun, didapati lelaki hidung belang itu masih lagi bebas cuba menjerat wanita bertudung untuk diadakan sesi bergambar dengan niat yang terpesong untuk mendapatkan gambar memalukan wanita berkenaan.
Lelaki itu masih tetap menggunakan aplikasi sama dengan nama pengenalan yang sama biarpun penipuannya sudah pun didedahkan ramai wanita tetapi dia masih tidak insaf malahan semakin berani.
Jika sebelum ini, lelaki itu hanya meminta kebenaran untuk wanita mangsanya bergambar dan kemudian menghantar gambar berkenaan melalui telefon pintar dengan aksi yang mengghairahkan.
Bagaimanapun, lelaki itu dilihat sudah semakin melampau dengan mahu mengajak wanita bertudung dan memakai niqab iaitu penutup muka untuk berzina.
Modus operandinya tetap sama dengan mengumpan wanita berkenaan untuk menjadi model dan meminta mangsa mengisi borang.
Apabila mangsa enggan melayani permintaannya, lelaki itu mula menggunakan perkataan lucah dan mengajak wanita itu untuk melakukan perbuatan terkutuk.











Ada kemungkinan lelaki itu menggunakan akaun palsu dengan menggunakan gambar orang lain dalam menjalankan aktiviti jahatnya. – MYNEWSHUB


08:21 0

KANAK-KANAK PUTUS TANGAN AKIBAT BERMAIN MERCUN DI KERATONG


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Perkara dah terjadi. Semoga adik ini bersabar menjelang Hari Raya Aidil Adha kemalangan ini terjadi.

Semoga adik ini tabah. 

Kepada yang lain jadikanlah ini satu pengajaran.



Monday, 29 September 2014
23:15 0

BOMOH ARAB BERJAYA KELUARKAN JIN DALAM RAHIM ANAK DARA

GAMBAR HIASAN
Riyadh – Seorang bomoh memperkosa remaja yang mendapatkan rawatan kerana masalah psikologi selepas dia membohongi mangsa kononnya terdapat jin dalam rahimnya.

Bomoh berkenaan memberitahu gadis itu, dia mempunyai kekuatan untuk menghalau jin berkenaan dalam satu sesi rawatan saja jika dia mahu berubat di rumahnya.
Apabila mangsa yang umurnya tidak didedahkan datang ke rumah bomoh terbabit, lelaki itu merogolnya.

Polis menahan bomoh berkenaan selepas mangsa yang masih dara itu menyedari kesilapannya dan membuat laporan polis.

“Lelaki itu memberitahu mangsa rahimnya dihuni jin dan dia mahu menghalaunya,” menurut laporan akhbar tempatan, memetik kata-kata polis.

Kisah itu menjadi viral di media sosial Saudi dan ramai pembaca mengecam bomoh itu dan ada juga yang menyelar gadis berkenaan.

“Nampaknya masyarakat kita masih percaya perkara khurafat dan mengamalkan upacara sebegini atas nama agama. Kami meminta kementerian kehakiman dan dalam negeri, menghukum Raqi,” kata aktivis masyarakat terkenal negara itu, Souad Al Shammari. 

Bagaimanapun, seorang pembaca, Sarah Al Waleed mempunyai pendapat berbeza.
“Gadis itu yang senang-senang menyerah diri kepada bomoh itu memang bodoh,” katanya.


Seorang lagi pembaca bernama Dalal bersetuju dengan berkata: “Kenapa menyalahkan bomoh saja. Kenapalah bodoh sangat gadis itu sehingga membenarkan dirinya diperkosa.” – Agensi
22:32 0

PERKHIDMATAN GOOGLE STREET VIEW SUDAH BOLEH DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Pemandangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bagi sesiapa yang belum tahu, Google Street View adalah perkhidmatan yang membolehkan pengguna 'berjalan' di atas jalanraya dan meninjau keadaan di sekelilingnya.

Jika dulu, Google Street View hanya boleh di gunakan di beberapa tempat yang terkenal di dunia, kini ianya sudah boleh digunakan di seluruh semenanjung Malaysia!

Hasil koloborasi bersama antara Google dan Tourism Malaysia ini mengambil masa selama 13 bulan untuk mengambil semua gambar jalan di Semenanjung Malaysia dan mula dipaparkan kepada umum pada 26 September lepas. Perkara ini diumumkan oleh Google diWikipedia Google Street View.

Pemandangan di Kg Panji, Kelantan

Bagi sesiapa yang ingin mencuba, sila ke www.instantstreetview.com dan masukkan alamat atau nama kampung anda dan mula 'berjalan-jalan' di mana sahaja yang anda mahu.

Jika laman web itu tidak menunjukkan sebarang gambar nyata secara automatik, cuba tarik gambar 'orang' ke jalan yang anda mahu seperti dalam gambar di bawah.


Bagi sesiapa yang rindu kat kampung halaman masing-masing tu, boleh la guna untuk 'menjenguk' kampung anda.. Manalah tau kalau nasib baik, boleh 'terjumpa' dengan orang yang anda kenal- SiakapKeli.com
17:29 0

PDRM DEDAH CARA WARGA AMERIKA SELATAN GODAM ATM DI MALAYSIA UNTUK MENGELUARKAN DUIT


Kuala Lumpur : Sindiket mengodam Mesin Teler Automatik (ATM) yang dikesan baru-baru ini didapati menggunakan virus dikenali sebagai 'ulssm.exe..' untuk mengeluarkan wang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene berkata, virus tersebut akan memberi arahan untuk membuat pengeluaran wang yang masih terdapat di dalam mesin ATM yang digodam.




Wajah pengodam
"Suspek didapati membuka panel atas mesin ATM dipercayai tanpa menggunakan kunci, kemudian memasukkan satu cakera padat ke dalam pusat pemprosesan mesin itu yang kemudiannya akan 'reboot' sistem mesin ATM berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek menggunakan panel kekunci ATM untuk memproses dan mengeluarkan wang daripada mesin ATM.



Info dari PDRM mengenai SCAM ALERT :

SCAM ALERT : ‘Zeus Trojan’ yang sebelum ini digunakan untuk menggodam maklumat peribadi seseorang melalui komputer, kini diaplikasikan terhadap pengguna telefon pintar. 

Taktik terbaharu sindiket penipuan Internet ini akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.


Modus Operandi:
1. Komputer mangsa telah dijangkiti oleh malware / keylogger (Zeus Trojan) yang dihantar oleh suspek melalui email dan media sosial.

2. Malware ini berfungsi apabila mangsa log-in ke dalam laman Internet Banking yang sebenar.

3. Apabila telah berjaya log-in di paparan utama Internet Banking, maka malware ini akan memaparkan pautan palsu dimana mengarahkan mangsa memasukkan maklumat nombor telefon dan juga dikehendaki memilih Operating System handphone yang digunakan.

4. Mangsa akan menerima satu pautan url link melalui sms (nombor telefon antarabangsa) dan diarahkan untuk klik link tersebut.

5. Apabila mangsa klik pautan akan keluar satu sijil yang kononnya dikeluarkan oleh pihak bank beserta kod.

6. Seterusnya mangsa dikehendaki memasukkan nombor kod tersebut di dalam laman internet banking palsu bagi tujuan pengesahan oleh suspek bahawa mangsa telah memasukkan nombor telefonnya yang sebenar. Proses ini mengambil masa kurang daripada satu minit.

7. Proses muat turun dari url link tersebut, telah mewujudkan satu program baru di telefon pintar mangsa dengan ikon berkaitan.

8. Tanpa mangsa sedari, program inilah yang berfungsi sebagai SMS Stealer yang menghantar TAC number kepada suspek.

9. Setelah selesai proses muat turun tersebut, paparan page sebenar bank berkaitan akan dipaparkan semula di komputer mangsa.


Wajah individu-individu, warga asing Latin Amerika yang dipercayai terlibat dalam kes pengodaman mesin ATM yang di ambil dari CCTV di permis-permis kejadian dikenal pasti. 

Setakat semalam (Isnin) sebanyak 10 kes (dua kes pada hari Ahad dan lapan kes pada hari Isnin) berkaitan pengeluaran wang di mesin-mesin ATM yang melibatkan kerugian lebih dari RM1 juta ringgit. 

Setakat ini, kes pengodaman mesin ATM hanya melibatkan Bank Al- Rajhi, Bank Affin dan Bank Islam di Negeri Selangor dan berikut adalah lokasi bank-bank yang telah digodam: 


1. Cawangan bank: Al- Rajhi Kota Damansara, PJ 
Masa Kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: RM285,700

2. Cawangan bank: Affin Bank Jalan Yong Shook Lin, PJ 
Masa kejadian: 27.9.14 Kerugian: RM303,000

3. Cawangan bank: Affin Bank USJ10/1J 
Masa kejadian: 27.9.14 @ 5:30 pm Kerugian: RM265,000

4. Cawangan bank: Al- Rajhi Seksyen 9, Shah Alam 
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:30 pm Kerugian: RM116,000

5. Cawangan bank: Al-Rajhi Wisma Metro Kajang 
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

6. Cawangan bank: Al-Rajhi Puchong 
Masa kejadian: 29.9.14 @ 01:12 am Kerugian: belum diketahui

7. Cawangan bank: Al-Rajhi Kelana Jaya 
Masa kejadian: 29.9.14 @ 12:46 am Kerugian: belum diketahui

8. Cawangan bank: Al-Rajhi Jalan Raja Bot, Klang 
Masa kejadian: 29.9.14 @ 4:00 pm Kerugian : RM150,000

9. Cawangan bank: Bank Islam Seksyen 14, PJ 
Masa kejadian: 29.9.14 @ Kerugian: RM 395,850

10. Cawangan bank: Bank Islam Jalan PJU 5/5 Dataran Sunway 
Masa kejadian : 29.9.14 @ Kerugian: RM: 221,160 


Dari raut wajah suspek-suspek yang dirakam dari CCTV tersebut, mereka dipercayai berumur dalam lingkungan 20 ke 30-an. 

Nasihat Polis
1. Pastikan anti-virus dan perisian anti-malware sentiasa dikemaskini.

2. Berhati-hati semasa muatnaik sebarang fail dan program baru dan pastikan sumber adalah boleh dipercayai.

3. Jangan mudah memberikan nombor akaun bank kepada pihak atau individu yang tidak dikenali terutamanya melibatkan urusniaga perbankkan.

4. Berwaspada dan jangan membuka mesej emel spam mengandungi lampiran atau klik pautan dari sumber yang meragukan.

5. Elakkan menggunakan perkhidmatan talian internet terbuka untuk melakukan urusan kewangan.

6. Sentiasa gunakan laman web rasmi ketika membuat sebarang urusan.

Menurutnya, maklumat yang diperoleh daripada jurutera bank mendapati sebanyak 40 keping wang boleh dikeluarkan dalam satu transaksi menggunakan cara tersebut.


Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, setakat hari ini sebanyak lima laporan polis telah dibuat berkaitan kes mesin ATM digodam di sekitar Petaling Jaya.

Mesin ATM terbabit terletak di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya (kecurian RM303,000); Dataran Sunway (RM285,700); Seksyen 14, Petaling Jaya (RM395,850); Kota Damansara (RM221,160) dan Kelana Jaya yang belum dapat dipastikan jumlahnya.

Sementara itu, sebuah lagi bank di Seksyen 9, Shah Alam digodam menggunakan cara yang sama membabitkan kerugian kira-kira RM116,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu kira-kira pukul 7 malam tadi setelah pengurus bank berkenaan membuat semakan dan mendapati sejumlah wang telah hilang.

"Pengurus itu kemudian membuat semakan melalui kamera litar tertutup dan mendapati dua suspek dipercayai warga Amerika Latin mengeluarkan sejumlah wang secara bergilir-gilir pada 12.30 tengah malam semalam (28 September)," katanya ketika dihubungi Bernama.

Azisman berkata modus operandi yang digunakan adalah sama dengan kes-kes godam ATM yang berlaku di Johor, Melaka dan Selangor semalam.


Semalam media melaporkan sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor lesap apabila digodam semalam dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih. Credit Bernama, PDRM
17:05 0

Konstabel Polis, RELA Dan Pertahanan Awam dI di dakwa merogol wanita Filipina


Beberapa hari lalu media Malaysia melaporkan tiga lelaki masing-masing merupakan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita warga asing.
Mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan dipaksa melakukan hubungan seks dengan mereka jika mahu dilepaskan kerana kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.
Kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi di Sandakan, Isnin minggu lalu.
Suspek berusia 27 hingga 37 tahun ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
Berita di atas apabila dibaca mungkin dianggap satu kes terpencil namun apabila video memaparkan seorang saksi kejadian menceritakan apa sebenarnya berlaku pada hari tersebut menjadi viral ramai orang mula memperkatakan tentangnya. 



Rata-rata yang menonton video ini mengutuk perlakuan manusia yang sepatutnya melindungi keselamatan negara ini.
Meski pun yang teraniaya adalah warga asing ia bukan sahaja melanggar undang-udang yang sepatutnya ditegakkan mereka malah perbuatan ini amat kejam kerana mangsa baru dua bulan melahirkan bayi. Sudahlah begitu, telefon bimbit dan wang RM60 wanita malang itu pun dirembat sekali!
Apa pun itu dakwaan saksi.. sejauh mana kebenarannya pasti tertegak di mahkamah kelak.
Namun jika benar berlaku kes rogol ini, ia cuma satu titik hitam kecil dalam kalangan penjawat awam Malaysia.
Masih ramai yang menggalas tanggung jawab diberikan dengan ikhlas kerana sayangkan negara dan malu untuk mencemarkan uniform yang mereka pakai dengan melakukan perkara tak sepatutnya. - MYNEWSHUB
16:51 0

SHALWATI NORSHAL AKHIRNYA DIBEBASKAN PAGI INI

Sebelum ini, Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden di atas tuduhan mengasari serta mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Frovi: "Syukur, semua sudah berakhir," kata Shalwati Norshal, 46, ketika ditemui sebaik saja melangkah keluar dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden, hari ini.

Menurutnya, dia tidak sabar untuk pulang ke Malaysia untuk kembali kepada pangkuan keluarga selepas berpisah sejak Disember tahun lalu.

Dia melangkah keluar dari penjara itu jam 9.35 pagi (3.35 petang waktu Malaysia) dengan memakai kot hitam dan seluar denim biru.

Ibu kepada empat anak itu disambut oleh kakaknya, Noor Azila Makhzan, 52, yang tiba di penjara berkenaan 15 minit sebelum Shalwati dibebas.

Sebelum ini, Shalwati dan suaminya, Azizul Raheem Awalludin, 38, didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden di atas tuduhan mengasari serta mencabuli integriti anak mereka sejak September 2010 sehingga Disember tahun lalu. ─ myMetro online