Searching...
Wednesday, 1 October 2014
08:54 0

Seorang Ayah Bersedih Kematian Anaknya Berusia 6 Minggu Mohon Gambar Terakhir Anaknya diedit Dengan Photoshop

“Oleh kerana dia berada di hospital seluruh hidupnya, kami tidak dapat menangkap gambarnya tanpa tiub.”
Nathen Steffel membuat permintaan yang menyayat hati di Reddit meminta seseorang untuk mengubah secara digital gambar anak perempuannya Sophia yang hidup hanya selama 6 minggu, sebelum meninggal dunia.
Ayah dari Ohio itu menulis: “Anak perempuan saya baru sahaja meninggal dunia selepas bertarung nyawa di hospital kanak-kanak.”

“Oleh kerana dia berada di hospital seluruh hidupnya, kami tidak dapat menangkap gambarnya tanpa tiub. Bolehkah sesiapa tolong padamkan tiub dari gambar ini?”
Sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Steffel menerima banyak gambar yang sudah di-photoshop dan lakaran anak perempuannya tanpa peralatan hospital.
Di Reddit, Steffel menulis anak perempuannya mempunyai hepatic hemangioma di hati beliau.

Sebenarnya, bayinya dalam senarai menunggu untuk transplan hati yang baru, apabila beliau meninggal dunia akibat komplikasi yang menyebabkan tekanan ke atas abdomen beliau.
Bapanya mendedahkan dia dan isterinya tahu keadaan bayinya daripada ultrasound awal tetapi tidak tahu ia akan jadi seburuk ini.

Beliau berkata Sophia telah di berada di Hospital Kanak-kanak Nationwide di Columbus sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Kanak-kanak Cincinnati kerana bilangan pakar hati di sana.
Steffel berkata: “Saya hanya mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu gambar berkualiti . Saya kagum bagaimana ramai orang membalas permintaan kami. Kami mempunyai begitu banyak gambar yang bagus sekarang.”

“Kami akan mengganting beberapa gambar dan lukisan kegemaran. Beberapa artis cukup baik untuk pos kepada kami gambar-gambar yang mereka dibuat. ”
Beliau menambah: “Pada mulanya terdapat terlalu banyak respon saya tidak dapat mengikuti semuanya.”
“Saya berjaga sehingga 3:00 pagi untuk cuba membalas kepada semua orang yang mungkin mempunyai pengalaman yang sama,”.
“Ia membantu, mengetahui bahawa orang lain cukup mengambil berat untuk menghentikan apa sahaja yang mereka lakukan dalam kehidupan mereka sendiri, sama ada untuk menghantar saya gambar atau mengucapkan takziah.”
“Ianya awesome bahawa cerita Sophia dan gambar-gambar beliau telah menyentuh hati begitu banyak orang. ”
Kredit: Buzzfeed

0 comments:

Post a Comment