Searching...
Saturday, 4 October 2014
07:30 0

iPhone Mengatasi Telefon Android Dalam Ujian Kepantasan


Ujian yang dijalankan secara tidak saintifik terhadap ujian kelajuan, hasilnya  menunjukkan  iPhone 6 berjaya mengatasi  Samsung Galaxy S5 dan HTC One M8 dengan mudah.
Laman web Phonebuff telah memuat naik video ke youtube pada hari Selasa  lalu berkaitan dengan ujian yang dijalankan terhadap berapa lama setiap telefon untuk menyelesaikan satu siri tugas , ia termasuk tugasan unytuk membuka aplikasi dan permianan. Setiap telefon tersebut telah di reboot dan disambungkan dengan rangkaian WiFi yang sama untuk tujuan ujian ini.I
Hasilnya iPhone berjaya menamatkan tugasan tersebut dalam masa 1:55, lebih pantas dari dua telefon itu.   Telefon  M8 berada di tempat kedua dengan catatan masa 2:09, manakala Samsung pula mencatat masa 2:58.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa aplikasi yang dibuka lebih pantas oleh kedua-dua handphone.
Walaubagaimanapun, Bukan setakat kelajuan dan prestasi yang menjadi ukuran bagi sesebuah telefon bimbit. Telefonn Galaxy S5, sebagai contoh, memiliki skrin yang lebih besar dan mempunyai resolusi yang lebih tinggi berbanding iPhone.

0 comments:

Post a Comment