Tidak dinafikan memang ada warga asing yang berjaya menjana pendapatan yang lumayan di negara ini meskipun mereka bukan warganegara Malaysia.
Halangan dan peraturan yang ketat bukanlah alasan bagi mereka untuk tidak merebut peluang dan menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan.
Pepatah dimana ada usaha, di situ ada jalan ini sangat tepat dengan kisah yang ingin kami kongsikan ini.
Nampaknya hot juga status ni. Ramai nak tahu cerita lanjut. Ada juga yang teka betul.
Ya, dia buat sublet dan asrama.
Dia ni bukan Bangladesh kasta rendah. Ada pendidikan, ada kerja tetap di KL. Manager sebuah syarikat construction dan renovation.
Jadi, dia sendiri ada kepakaran dalam membuat pengubahsuaian bangunan. Tu yang lagi memudahkan dan menjimatkan beliau buat bisnes sublet dan asrama.
Ada rumah yang dia sewa, dia sewakan semula ikut bilik. Rumah fully furnish. Kalau perlu, dia tambah partition di ruang tamu.
Ada juga lot pejabat, dia buat partition cantik-cantik dan sewakan bilik-bilik tu. Macam asrama yang ada penuh perabot. Siap dengan kelengkapan memasak.
Bilik bercat cantik, setiap bilik ada kipas angin berdiri dan aircond. Untuk jimat aircond, 2 bilik berkongsi satu aircond. Kira dinding antara dua bilik tu ada lubang sikit lah untuk letak aircond kat tengah-tengah.
Aircond hanya boleh dipasang pada waktu malam. Siang tak boleh. Beliau akan pantau dari masa ke semasa. Trick nya, suis aircond kat luar bilik, di laluan tengah. Jadi beliau boleh tengok sama ada suis aircond on ke tak.
Beliau juga akan pastikan bilik air bersih. Kalau perlu, beliau sendiri akan cuci bilik air tu.
Office lot yang dah jadi asrama ni beliau sewa dari owner cuma RM1,100. Tapi dia jadikan 10 bilik, ada yang katil single, ada yang katil queen pelbagai saiz semua sekali income dia boleh dapat lebih RM4,000. Sewa ni dah termasuk api air lah.
Cuma katanya shop office ni bil elektrik lebih sikit. Sebab pakai commercial rate kan.
Semua sekali, beliau ada 10 unit rumah dan shop office yang dibuat sebegitu di area Cheras. Woww wowww!
Walaupun sebagai orang luar dan tak boleh beli rumah, itu bukan halangan beliau ganda duit dia melalui hartanah. Kreatif, rajin dan berani ambil calculated risk.
Jadi kalau kita rakyat Malaysia masih dok bagi alasan setebal 6 inci, buat malu je la.
Macamana saya boleh terjumpa dia ni? Sebenarnya saya ada satu unit client nak sewakan di Bandar Sri Permaisuri. Owner nak sewa fully furnish.
Jadi kelmarin ada 2 buyer nak view rumah ni. Dia ni salah seorang yang berminat meskipun kadar sewa RM 1800. Dia masih nampak peluang di situ.
Insya Allah petang ni saya akan close deal unit ni.
Tapi owner pilih nak sewakan ke sorang lagi. Orang melayu yang dah berkahwin. Biasalah kan. Antara penyewa tempatan dan penyewa bangladesh yang mahu buat bisnes sublet, owner akan lebih suka penyewa tempatan yang hanya mahu duduk.
Saya sebagai real estate negotiator hanya membantu mendapatkan penyewa yang baik. Terpulang kepada owner untuk buat keputusan.
Oh ya, sambung kisah Bangla tadi, perancangan beliau seterusnya adalah mahu buka hotel budget. Wohoooo!
Credit : Cik Rohaniah Noor, thevocket
0 comments:
Post a Comment