SHAH ALAM: Pembidaan nombor pendaftaran kenderaan BMW sememangnya adalah sinonim bagi pemilik-pemilik kenderaan mewah buatan Jerman itu. No pendaftaran kenderaan tersebut juga menarik minat ramai pihak termasuklah kerabat-kerabat diraja, ahli perniagaan dan bintang sukan.
Berikut adalah keputusan tender bagi bidaan nombor pendaftaran BMW yang diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor semalam. Merujuk kepada bidaan, nombor plan BMW5 adalah yang paling tinggi mendapat bidaan iaitu dengan nilai RM188,100. Bidaan tersebut dibuat oleh seorang kerabat diraja.
0 comments:
Post a Comment