Searching...
Thursday, 23 October 2014
05:27 0

Ibu Belasah Anaknya Berusia 5 Tahun Hingga Mati Kerana Tak Mahu Belajar


Seorang suri rumah berusia 30-an didakwa di mahkamah di Pulau Pinang Isnin minggu lepas kerana dipercayai membunuh anaknya yang berusia lima tahun.
Menurut laporan akhbar The Star, jasad kanak-kanak malang itu kemudiannya dibuang di sebuah ladang kelapa sawit di Bukti Tengah.
T. Gayathry dan suaminya, seorang  pengawal keselamatan, R. Saravanan Kumar, 24 didakwa membunuh kanak-kanak itu di tepi jalan antara 8 pagi pada 20 september dan 11.25 malam (29 September).
Wanita itu kemudian membuat laporan polis pada 23 Sepetember mendakwa anaknya telah hilang.
Namun, berdasarkan siasatan lanjut polis, Gayathry kemudiannya mengaku dia membelasah anaknya dengan tali pingang kerana nakal dan tidak mahu belajar.

Semasa soal siasat, dia memberitahu anaknya mati pada 20 September, pukul 4.30 petang. Dia kini berhadapan dengan kemungkinan digantung sehingga mati kerana membunuh anaknya.- MYNEWSHUB
Tuesday, 21 October 2014
04:34 0

Terpegun! Lihat Wajah Terkini Miss Universe Tahun 1965 Setelah Berusia 67 Tahun


Melihat wajah jelitawan ini selepas 50 tahun pasti membuatkan anda tergamam dan terkesima.
Ini kerana wajahnya masih sama malah kulitnya tampak muda dan anjal pada usianya kini, 67 tahun.
apasra-spa_3_1
Apasra Hongsakula menjadi perhatian umum selepas memenangi ‘title’ Miss Universe pada tahun 1965, buat kali pertama dari Thailand.
Kini, gambarnya menjadi viral dalam media sosial kerana ramai tidak menyangka pada usia sekarang dia kelihatan masih muda dan tidak jauh beza semenjak anugerah yang dimenangi 50 tahun lalu.

miss universe 1965-thailand (aspara hongsakula)
28
miss_universemodel1
download (8)
annidopo7
 Namun dengarnya, bagi mengekalkan kemudaan wajah dia melakukan pelbagai rawatan anti-penuaan berjumlah 2.5 juta Baht (RM 253,289)
Bagaimanapun, pengurus kepada Apasra menafikan khabar angin tersebut dan memberitahu wajahnya adalah asli dan hanya rambutnya sahaja diluruskan dan mungkin itu jadi penyebab ratu cantik itu kelihatan muda.

Ye ke.. korang rasa boleh percaya? - MYNEWSHUB.CC
04:14 0

Wanita Peluk Bekas Teman Lelakinya di Depan Tetamu dan Isterinya Pada Majlis Persandingan.


Kisah berlaku di daerah Sulawesi Selatan, Indonesia pada satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan pada 17 Oktober lepas.
Pada tarikh tersebut seorang lelaki dikenali sebagai Rais melangsungkan pernikahannya.
Antara yang hadir di hari berbahagianya itu adalah bekas teman wanita Rais dikenali sebagai Risna, 22.
Persis babak sedih dalam drama, Risna tiba-tiba tidak dapat menahan diri lalu memeluk bekas kekasihnya itu di hadapan khalayak ramai termasuk isteri Rais.
Difahamkan, Risna dan Rais telah berpacaran selama tujuh tahun tetapi kerana jodoh tiada, Rais akhirnya berkahwin dengan wanita lain, menurut sumber suarainsan.net.
Tindakan Risna membuat suasana majlis menjadi agak kecoh namun ada juga jemputan turut menangis menyaksikan babak drama realiti percintaan yang berlaku depan mata mereka itu.
Keluarga Rais menyatakan pihak mereka sudah pernah bertemu keluarga Risna untuk datang melamarnya bagi dijadikan isteri selepas mereka berpacaran lama, namun lamaran ditolak oleh keluarga Risna dengan pelbagai alasan.
“Jodoh di tangan Tuhan, bukan manusia yang menentukan,” jelas keluarga Rais lagi.
PelukBekas
Gambar Risna memeluk Rais di hari perkahwinan lelaki itu yang juga bekas 
kekasihnya yang tersebar di Indonesia.

Di Indonesia, gambar saat Risna memeluk bekas kekasihnya itu menjadi viral dan hangat diperkatakan. – MYNEWSHUB.CC
Friday, 10 October 2014
22:04 0

Penduduk Tangkap Perogol dan Bertindak Potong Kemaluannya diKedai Daging


INDIA – Seorang lelaki, Suresh Kumar yang ditangkap ketika cuba merogol seorang gadis remaja telah dipotong kemaluannya oleh orang ramai dengan menggunakan pisau pemotong daging.
Kejadian berlaku di Ganganar dan dia ditangkap penduduk selepas mereka mendengar gadis tersebut menjerit.
Penduduk kemudiannya mengheret lelaki itu ke kedai menjual daging sebelum dia dipukul dengan kayu selama sejam.
Selepas Suresh dibelasah, penduduk kemudiannya memotong kemaluannya dan alat sulit Suresh dibuang di tengah jalan manakala Suresh pula yang dalam keadaan berlumuran darah dibiarkan di situ.
Dia kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.
belasah
Dalam pada itu, salah seorang penduduk di situ, Aamir Dhawan, 30, berkata, tidak ada seorang pun penduduk di situ yang mahu membantu Suresh kerana mereka tahu dia dihukum atas kesalahan melakukan jenayah seks.
“Kami sudah berdepan dengan banyak kes rogol wanita di negara ini dengan ada antara mangsa digantung, dicabul dan jenayah itu perlu dihentikan.
“Ia juga merupakan satu ingatan bahawa jika anda melakukan kesalahan itu maka anda akan dihukum,’’ katanya.
Dalam pada itu, gadis yang diserang oleh Suresh kini diberikan kaunseling. -mynewshub
21:18 0

Ibu Tunggal Alami Gangguan Emosi Kerat Tangannya Sendiri Hingga Putus.


Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya dalam kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 23 tahun berkenaan, memotong tangannya dalam bilik air menggunakan tiga pisau pemotong daging tanpa disedari ahli keluarganya. 

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim, Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercayai mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga pisau pemotong daging sebelum terperap di dalam bilik air bersendirian. 

Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu berada di rumah. Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan perbuatan ngeri itu. 

“Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar rumah dalam keadaan berlumuran darah dan akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah di luar rumah dengan tangan kiri terputus. 

“Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau daging masih berada di dalam bilik air rumah mereka,” katanya, semalam. 

Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat tahu daripada bapa saudara mangsa. 

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpun dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk rawatan selanjutnya. Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaan jam 11 pagi, semalam. Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk berjumpa pakar perubatan. 

Sumber www.suara.tv
10:17 0

Kenapa Monyet Letak Kat Dada Jadi Isu? – Emma Maembong

emma dan monyet

Baru baru ini, Emma Maembong mendapat kritikan berbaur lucah di instagramnya ekoran mengupload gambar bersama monyet yang diletakkan di dada. Kami setuju dengan apa yang dikomen oleh Emma.Takkan lah tak boleh nak bergambar manja dengan binatang peliharaan.





Monyet itu punyalah comel, manja dan tak tahu apa-apa. Mungkin yang berfikiran kotor dan lucah ini tak pernah ada haiwan peliharaan kot. Biasalah haiwan peliharaan bermanja bermain di dada. Takkan itu pun nak jadi isu? Kata Emma:-
Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang0orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?
Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak moneyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.
Mungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.
Saya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu.
emma dan monyet
Apapun, kami puji dengan sikap Emma yang tidak mudah melatah apabila dikritik. Semoga Emma semakin berjaya dalam bidang yang diceburi.
Thursday, 9 October 2014
17:12 0

Memey Tidak Cemburu Perbualan Norman Hakim dan Abby Abadi di Muat Naik ke Laman Sosial.


Setelah isu perbualan Norman Hakim yang dimuat naik Abby Abadi ke laman sosial, isteri kepada Norman Hakim, Memey Suhaiza mula meluahkan isi hatinya, namun dia tidak berasa cemburu terhadap perkara tersebut mengenai kata-kata semangat Abby Abadi dan Norman Hakim.

Pelakon, Memey juga tidak ada sebab untuk cemburu kerana mesej tersebut telah dilihatnya sendiri sebelum dikirimkan kepada Abby Abadi. Mesej yang telah mengundang pelbagai reaksi daripada peminat sehingga ada peminat yang meminta Norman dan Abby abadi kembali bersama dan ada juga yang  mengecam tindakan Abby memuat naik perbualan tersebut yang mungkin akan menggoreskan hati Memey, isteri Norman.




Selepas pelbagai komen positif dan negatif dilontar peminat, namun ianya tidak memberi kesan kepada Memey kerana dia sudah tahu hujung pangkal perkara tersebut dan Memey juga menyatakan bahawa Norman tidak pernah berahsia dengannya malah borkongsi segala-galanya berkenaan Norman dan Abby yang berkisahkan kebajikan anak-anaknya. - trendmalaya
13:22 0

John Cena dan Big Show kini di Malaysia

Kepada peminat-peminat gusti WWE, John Cena dan Big Show kini berada di Malaysia.
Beberapa gambar ketibaan mereka di KLIA telah berjaya dirakam.

Mereka akan beraksi di WWE Live in Kuala Lumpur Tour 2014 bertempat di Stadium Tertutup Putra Bukit Jalil pada 10 dan 11 Oktober 2014.








07:34 0

Video Wanita Diragut Ketika makan Berseorangan Kini Viral

Satu lagi rakaman kejadian jenayah dirakam  video menjadi viral di laman sosial memperlihatkan rakaman kes ragut di Taman Molek, Johor Bahru. 

Mangsa seorang wanita pada ketika itu sedang menjamu selera seorang diri di sebuah restoran dengan secara tiba-tiba didatangi ‘mat motor’ yang wajahnya ditutup dengan helmet .
Peragut tersebut dengan berani merampas beg milik mangsa yang sedang diletakkan di atas paha mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh secara tiba-tiba dan peragut pantas melarikan diri sebelum disedari orang ramai.
Mangsa yang terpinga-pinga cuba mendapatkan begnya semula namun gagal.
Kesian mangsa, sudah lah sedang lapar tiba-tiba begnya pula diragut. Memang kejam, moga-moga peragut itu segera ditangkap!

Wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah kemana sahaja anda berada ya.Jangan sudah terhantuk ,baru terngadah !-MYNEWSHUB.CC
Wednesday, 8 October 2014
20:03 0

Subhanallah! Awan berbentuk Kalimah Allah dan Nabi Muhammad di awal pagi dirakam di Kuala Lumpur

Subhanallah! Maha Suci Allah.
Berikut adalah gambar yang diambil oleh pengguna jalanraya di Kuala Lumpur yang menunjukkan dengan jelas nama Allah dan Nabi Muhammad telah terbentuk di kaki langit.

Kejadian dikatakan berlaku di waktu pagi ketika warga kota menuju ke tempat kerja masing-masing.



17:08 0

Gambar Kemusnahan Kota Suci Mekah Yang Disembunyikan oleh Kerajaan Arab Saudi


Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.


Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida’ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat.

Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida’ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, “Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud”

PERSOALAN DEMI PERSOALAN
Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar “Penjaga Dua Masjid Utama”.

Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?
Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!


Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.


Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana “bida’ah” dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan ‘HARAM’ Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.

Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.


Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka).

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

sumber
10:54 0

Kisah Seorang Usahawan Berjaya Yang Setia Menjaga Isterinya Yang Lumpuh Seluruh Anggota Badan Selama Lebih 30 Tahun

Sebuah kisah dari negara jiran, Indonesia untuk dijadikan renungan buat para suami dan bakal suami serta pasangan masing-masing. Semoga bermanfaat kisah ini dan semoga kita mengambil pengajaran darinya.
Kisah Benar Setia Seorang Suami Yang Menjaga Isterinya Yang Lumpuh Selama Lebih 30 Tahun
Nama penuh sang suami ini ialah Eko Pratomo Suyatno, tapi lebih sering disebut sebagai Suyatno sahaja. Kisah ini bukan kisah Eko Pratomo yang memiliki isteri berpenyakit lupus.
Pak Suyatno sudah berumur lebih 60 tahun. Dia merupakan pemilik sebuah perniagaan besar dan sukses di dalam bidang pelaburan mutual funds di Indonesia ini mempunyai kehidupan yang cukup baik dengan kehadiran 4 orang cahaya mata yang kini telah dewasa dan bahagia dengan isteri tercinta. Usia perkahwinan mereka sudah lebih dari 30 tahun dilayari bersama.
Kehidupan rumah tangganya yang bahagia itu mendapat dugaan yang berat setelah isterinya melahirkan anak ke-empat mereka. Isterinya tiba-tiba lumpuh dan kondisi itu berterusan hingga 2 tahun. Pada tahun berikutnya, kondisi isterinya makin teruk apabila lumpuh pada seluruh anggota badannya. Kini, isterinya hanya mampu berkomunikasi melalui bahasa isyarat mata.
Pak Suyatno tetap tabah dan sabar merawat dan menguruskan segala keperluan isterinya sebagai tanda cintanya kepada isterinya yang lumpuh itu. Walaupun dia sebenarnya mampu mengupah orang lain untuk melakukan semua itu, dia tetap kuat dan setia melayani isterinya. Para pembantu pula ditugaskan untuk menguruskan hal rumah tangga seperti mencuci, memasak dan hal-hal lain yang berkaitan dengan rumah tangga. Pak Suyatno turut berperanan menjadi ibu kepada anak-anak mereka sepertimana yang pernah dilakukan oleh isterinya ketika sihat. Contoh, menyiapkan sarapan dan baju seragam, serta menemani anak-anaknya bermain dekat dengan isterinya.
Setiap hari sebelum ke tempat kerja, Pak Suyatno selalu memastikan dirinya sempat memandikan, membersihkan kotoran, menggantikan pakaian dan menyuapi isteri tercintanya. Malah, dia turut dekatkan television pada isterinya agar tidak kesepian sewaktu Pak Suyatno bekerja.
Sebelum berangkat ke tempat usahanya setiap hari, Pak Suyatno selalu menyempatkan diri memandikan, membersihkan kotoran, menggantikan pakaian dan menyuapi isteri tercintanya. Agar sang isteri tidak kesepian saat ditinggal, dia dekatkan sang isteri pada sebuah televise di ruangannya.
Walaupun isterinya tidak dapat berbicara tapi Pak Suyatno sering melihat isterinya tersenyum.
Pada waktu tengah hari, Pak Suyatno pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan tengah hari. Pada waktu petang, dia memandikan dan menggantikan pakaian isterinya sejurus selepas dia pulang dari kerja. Pada waktu selepas maghrib pula, dia menemani isterinya menonton television sambil menceritakan apa saja yang dia alami seharian.
Meskipun isterinya hanya mampu memandang tanpa memberi respon, Pak Suyatno dengan setia mengajak isterinya duduk di belakang dia saat Pak Suyatno solat seperti sedang berjemaah. Dia juga sering mengajak isterinya mengaji atau mendengarkan Pak Suyatno mengaji dan juga mengajak isterinya berzikir dalam hati. Semuanya itu dijalani Pak Suyatno dengan ikhlas dan dia sudah cukup bahagia. Bahkan dia selalu menggoda isterinya setiap hari agar isterinya tersenyum.
Semua rutin yang diceritakan di atas ini telah dilakukan oleh Pak Suyatno selama 25 tahun dengan sabar sambil membesarkan keempat-empat buah hati (anak-anak) mereka. Pak Suyatno hanya mahu anak-anaknya berjaya meskipun dia menguruskan keluarganya sambil sibuk bekerja mengusahakan perniagaan yang sukses di dalam bidangnya di Indonesia. Kini, anak-anak sudah dewasa, ada yang sudah menjadi Sarjana dan waktu cerita ini disebarkan, anak bongsunya masih di universiti.
Pada suatu hari, semua anaknya berkumpul di rumahnya untuk menjenguk ibunya. Semua anak-anaknya telah tinggal dengan keluarga masing-masing selepas menikah.
Dengan cukup berhati-hati, anak sulungnya berkata:
“Ayah kami ingin sekali menjaga ibu, ayah tidak pernah sedikit pun mengeluh semenjak kami kecil melihat ibu menjaga ibu… Bahkan ayah tidak mengizinkan kami menjaga ibu.”
Dengan air mata berlinangan, anaknya meneruskan bicara:
” Sudah empat kali kami mengizinkan ayah untuk menikah lagi, kami rasa ibu pun akan turut mengizinkannya. Bilakah ayah mahu menikmati masa tua jika terus berkorban seperti ini? Terus terang kami sudah tidak sanggup melihat ayah begini, kami janji kami akan menjaga ibu sebaik-baiknya secara bergilir-gilir kalau ayah mahu menikah lagi.”
Pak Suyatno menjawab segala persoalan anaknya itu dengan jawapan yang tidak dapat diduga oleh anak-anaknya:
“Anak-anakku… Terima kasih atas cadangan kalian. Hanya prinsip Ayah saja yang tidak boleh dirunding lagi. Bagi Ayah, jikalau sebuah perkahwinan dan kehidupan ini hanya untuk memenuhi nafsu kita, terutama nafsu berahi mungkin Ayah akan menikah lagi sejak dari dulu. Tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian disamping Ayah itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian…”
Sejenak kerongkongnya tersekat…
“Anakku, kalian yang selalu ayah dan ibu rindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta yang tidak satu pun dapat menggantikannya dengan apapun. Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaanya seperti ini?. Kalian menginginkan Ayah bahagia, apakah batin Ayah boleh berasa bahagia dengan meninggalkan ibumu dalam keadaanya sekarang? Kalian menginginkan Ayah yang masih diberi Allah SWT kesihatan dijaga oleh orang lain? Bagaimana dengan ibumu yang masih sakit? Jujur saja nak, Ayah tidak sampai hati, meninggalkan ibumu…”
Kali ini ada titisan air mata di sudut mata Pak Suyatno. Seketika kemudian meledaklah tangisan anak-anak Pak Suyatno. Mereka turut dapat melihat juga butiran-butiran air mata jatuh di kelopak mata ibunya, yang dengan pilu ditatapnya mata sang suami yang sangat setia dan sangat dicintainya itu..
Pak Suyatno pernah diajukan pertanyaan ini: Bagaimana beliau mampu bertahan selama 25 tahun merawat isterinya yang sudah tidak bisa apa-apa itu?
Jawapan Pak Suyatno:
“Bagi saya, jika manusia di dunia ini mengagungkan sebuah cinta dalam perkawinannya, tetapi tidak mahu berkorban dengan memberi ( memberi waktu, memberi tenaga, fikiran dan perhatian ), cintanya itu adalah hanya sia-sia belaka. Sejak dulu saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya, dengan tekad kita akan bersama dalam suka maupun duka, hingga Allah SWT memanggil kita. Saya tidak akan dapat melupakan jasa-jasa besar isteri saya sewaktu dia sihat, dia pun dengan sabar menjaga saya, mencintai saya dengan hati dan batinnya. Dia juga telah memberi saya 4 orang anak yang lucu-lucu, soleh dan pintar. Di mata saya, dia sihat dan masih cantik seperti 30 tahun yang lalu. Saya tidak pernah menganggapnya lumpuh. Saat saya menyuapinya, saya rasakan sama seperti saat saya menyuapinya kala kita berbulan madu. Saat saya menggendongnya untuk naik dan turun dari tempat tidur, saya merasakan seperti saat kita masih berbulan madu. Setiap kali saya melihat wajahnya, sama seperti kala saya melihatnya di kala kami bercinta atau seperti saat saya memandangnya waktu kami berbulan madu”
Pak Suyatno kemudian melanjutkan, “Sekarang dia dalam kondisi sakit setelah melahirkan anak kami. Dia telah berkorban untuk cinta kami bersama. Bagi saya kondisi itu merupakan ujian dari Allah bagi saya atas cinta kami berdua. Apakah saya dapat memegang komitmen untuk terus mencintainya apa adanya. Dalam kondisi ia sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya apalagi dia sedang dalam keadaan sakit. Tidak, tidak, bahkan berfikir untuk itupun saya tidak mau. Biarlah saya ikhlas menjalani takdir Allah ini, saya yakin “Gusti Allah ora sare”, Tuhan tidak pernah tidur. Sekecil apapun yang saya berikan kepada isteri saya dan anak-anak, saya niatkan hanya untuk ibadah saya kepada Allah SWT. Dan saya yakin Allah pasti akan memperhitungkan apapun yang kita perbuat, sekecil apapun. Saya berusaha mengikuti tauladan Rasulullah, cara mencintai dan melayani isterinya, bukan hanya dilayani. Sekarang ini harapan saya hanya satu, izinkan saya menjaga isteri saya yang sangat saya cintai hingga Allah memanggil salah satu diantara kita. Kalau pun dia dipanggil lebih dulu, saya bertekad untuk tetap mencintainya dan tidak akan menikah lagi. Isteri saya adalah cinta dunia dan akhirat saya. Kalau Allah mengizinkan kami masuk surga, Insya Allah, saya menginginkan ia jadi Bidadari saya di Surga”
“Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya hanya dapat bercerita kepada Allah di atas sajadah..dan saya yakin hanya kepada Allah saya percaya untuk menyimpan dan mendengar rahasia saya…”BAHWA CINTA SAYA KEPADA ISTERI, SAYA SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH”.
Jawapan Pak Suyatno itu membuatkan ramai yang mendengarnya turut menangis.
Rasa cinta yang dalam kepada isterinya, membuat Pak Suyatno tetap kuat merawat dan mendampingi isterinya yang lumpuh hingga 25 tahun berlalu. Dalam waktu yang lama itu, tak sekalipun terdetik di hatinya untuk meninggalkannya, apalagi mencari isteri lagi. Sungguh sangat sukar menemui seorang suami seperti Pak Suyatno, yang betul-betul bagai anugerah bagi isterinya yang dalam penderitaan panjang. Teladan yang sangat baik bagi semua lelaki di manapun berada. Semoga Allah SWT. selalu melimpahkan rahmatNya kepada Pak Suyatno dan keluarganya. Amiin.
nota: Kisah ini menjadi salah satu kisah inspirasi buat Eko Pratomo yang memiliki isteri berpenyakit lupus lebih 20 tahun. Moga turut menjadi inspirasi buat pasangan suami isteri yang membaca kisah ini.
Sumber: diyanaar.com