Anak kecil berusia 9 bulan ini, mungkin tidak mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Namun pastinya hati Abderrahman tertanya-tanya ke mana perginya kelibat orang yang selama ini begitu memanjakannya. Namun memang ia tak pandai diluahkan.
Abderrahman adalah anak pembantu juru terbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi merupakan antara waris mangsa yang paling mendapat perhatian ketika upacara penghormatan terakhir semalam.
Foto seorang rakan sekerja yang mendukung anak kesayangan allahyarham Ahmad Hakimi turut menangis tersedu-sedu ketika solat jenazah kerana tidak dapat menahan perasaan pilu.
Namun gambar yang amat menusuk kepiluan hati ini adalah ketika Abderrahman tidur sambil diselimutkan dengan uniform bapanya yang mendapat banyak dikongsi di Twitter.
Ini adalah amalan masyarakat Melayu di negara kita kerana menyelimutkan anak dengan pakaian ini biasanya dilakukan seorang ibu bagi mengelak anak kecil demam kerana terlalu merindukan bapanya yang jauh.
Memang berat dugaan buat semua waris mangsa MH17. Didoakan semoga mereka tabah menerima ketentuan ini sebagai takdir Ilahi. - MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment