Searching...
Saturday, 16 August 2014
16:50 0

SILA SEMAK ADAKAH AKAUN FB JILBOOBS SUDAH MUAT NAIK FOTO ANDA?


KEPADA wanita bertudung di negara ini, kami sarankan agar anda lebih berhati-hati dalam memuatnaik gambar di laman sosial kini.
Ia gara-gara satu akaun yang dikendalikan oleh admin di Indonesia yang dinamakan ‘Jilboobs’.
Akaun ini akan memuatnaik gambar wanita bertudung yang memakai baju ketat hingga menampakkan bentuk payudara mereka.
Hasil tinjauan kami mendapati, kebanyakan wanita yang dipaparkan berasal dari Indonesia dan Malaysia.
Wajah mereka juga tidak dikaburkan atau ditutup sekaligus mengaibkan wanita-wanita itu.
Bagi kami, mungkin niat admin akaun ini adalah untuk menyedarkan masyarakat khususnya umat Islam akan kepentingan menutup aurat dengan betul.
Namun, Islam tidak membenarkan umatnya mengaibkan orang lain, sebaliknya cuba melindungi segala kelemahan mereka.
Pendek kata, niat tidak menghalalkan cara ya… 
SUMBER:SIAKAPKELI
JILBOOBS 2
JILBOOBS

0 comments:

Post a Comment