Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Ketika solat jenazah dilakukan sebentar tadi, dapat dilihat anak Allahyarham turut sama berada di saf hadapan , yang mana Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung.
Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi #MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’.
Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kesemua mangsa nahas MH17, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.MY
0 comments:
Post a Comment