Searching...
Sunday, 31 August 2014
17:19 0

VIDEO KEJAM PENGURUS RUMAH ANAK YATIM BELASAH DAN TENDANG KANAK-KANAK JAGAANNYA



Seorang pengurus rumah anak yatim telah dirakam perbuatannya membelasah dan menendang sehingga menangis anak-anak yatim yang masih kecil di rumah anak yatim di bawah pengurusannya.

Video tersebut telah dirakam secara rahsia oleh isterinya berlaku di Rumah Anak Yatim Dar Mecca Al-Mokarama Giza.

Video tersebut menunjukkan Osama Mohamed Othman memukul anak yatim dan menendang mereka semasa mereka melarikan diri sambil menjerit kesakitan.

Video tersebut dirakamkan oleh Isterinya kerana isterinya tidak tahan dengan perangai suaminya yang  sering memukul anak-anak yatim tersebut.






Pihak berkuasa Mesir telah menangkap Othman namun beliau mendakwa yang beliau menjaga anak-anak yatim di situ seperti anaknya sendiri dan hal itu dilakukan untuk mendidik anak-anak yatim tersebut daripada melakukan kesalahan kerana memasang TV dan membuka peti sejuk tanpa kebenaran,

Isterinya telahpun menyerahkan video ini kepada peihak pendakwa dan tidak lama selepas penangkapan itu, anak-anak yatim tersebut telah dipindahkan ke rumah anay yatim yang lain.

Seorang aktivis dalam tweet nya @GhadaEgyptologist memberitahu reaksi kanak-kanak terebut: 'Kanak-kanak tersebut berasa sangat gembira seperti baru sahaja dibebaskan dari penjara"

Menurut Pakar perundangan Mesir, jika didapati bersalah, pesalah tersebut boleh dihukum penjara selama tujuh tahun.


Saturday, 30 August 2014
17:57 0

ALHAMDULILLAH BAPA SAUDARA MENGAKU SALAH BUAT ADUAN TANPA PERIKSA



Alhamdulillah bapa saudara  yang membuat aduan mengenai anak saudaranya yang juga seorang murid darjah 1  mempunyai kesan birat menyerupai jari di pipi, dikatakan kerana ditampar guru telah memohon maaf kerana telah membuat dakwaan tanpa mendengar penjelasan dari semua pihak.
Kejadian ini tersebar di media siber selepas bapa saudara kanak-kanak terbabit memuat naik status berkaitan di laman sosial dengan memberitahu bahawa kanak-kanak terbabit telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang sebelum satu laporan polis dibuat.
Bapa kanak-kanak ini turut tampil di sebuah akhbar tempatan dan mendakwa anaknya ditampar kerana tidak menyiapkan kerja rumah.
996150_1526948317520059_3587265772235171688_n
Bagaimana pun dalam perkembangan terbaru kes ini, seseorang yang mempunyai kaitan dengan sekolah kanak-kanak tersebut mendakwa siasatan pihak sekolah mendapati sebaliknya. Guru tersebut juga akan menyaman terhadap pengadu.telah amat mengguris h
Kebenaran cerita sebenar ini telah mengguris hati ramai guru di Malaysia.
Kesian.. Murid Darjah 1 Ditampar Cikgu Sampai Lekat Kesan Jari

Friday, 29 August 2014
23:35 0

Wanita Tikam dan Belah Perut Ibu Hamil Lapan Bulan Untuk Curi Anak Dalam Kandungan


Mexico City – Seorang wanita mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa untuk mencuri anak dalam kandungannya.
Maria Rodriguez, 29, dari wilayah Tepic, memberitahu polis, dia mengambil keputusan membunuh Nadia Avila dan mencuri bayi yang dikandungnya selepas menipu keluarganya bahawa dia hamil.
Menurut polis, dia kini berdepan dengan tuduhan membunuh bayi berkenaan dan ibunya.
Ketika menceritakan tindakannya itu, Maria berkata, dia mulanya memukul mangsa hingga pengsan selepas mempelawa Nadia ke rumahnya dengan alasan untuk memberikan baju bayi.
“Apabila saya menekup mulutnya, dia menggigit saya. Saya mengikat tangannya ke belakang untuk mempertahankan diri. Tetapi, ketika itu saya belum membunuhnya.
“Dia menjerit, meminta saya membiarkannya. Saya memukulnya lagi hingga dia pengsan.
MARIA mengaku menikam seorang ibu yang hamil lapan bulan sebelum membelah perut mangsa.
“Kemudian saya melondehkan seluarnya dan menikam perutnya.
“Dia bergerak sedikit. Saya membelah perutnya dan mengambil anak itu secepat mungkin kerana tidak mahu dia mati.
“Tetapi saya gagal mengambil bayi berkenaan. Saya melakukannya secara paksa dan berjaya tetapi dia mati,” kata Maria.
Maria memberitahu polis, dia terlalu inginkan bayi, tetapi tidak tahu untuk memberitahu keluarganya yang dia tidak hamil.
“Sebelum ini haid saya lewat dan memeriksa darah, tetapi keputusannya negatif. Saya begitu perlukan anak dan semua anggota keluarga menyangka saya hamil. Tetapi saya hanya memperdayakan mereka dan akhirnya, tidak tahu untuk memberitahu keadaan sebenar.
“Tetapi, apabila melihat Nadia yang sarat mengandung, terlintas di hati saya, inilah peluang saya. Saya tidak mengenalinya langsung dan hanya dua kali melihatnya. “Saya memutuskan untuk mencuri kandungannya,” kata Maria.
Dia ditangkap selepas memanggil pasukan perubatan untuk membawa mayat bayi yang dikeluarkannya dari perut mangsa supaya boleh memberitahu keluarganya bahawa dia keguguran.
“Bagaimanapun, pasukan perubatan mula mengesyaki sesuatu apabila wanita itu tidak membenarkan mereka memasuki rumahnya,” kata jurucakap polis. Maria melarikan diri apabila pasukan perubatan mendesak untuk memeriksanya.
Bagaimanapun, dia berjaya dikesan dan ditahan selepas suami Nadia, Juan Hernandez membuat laporan mengenai kehilangan isterinya. – Agensi
Thursday, 28 August 2014
15:55 0

Video Buli Berebut Teman Wanita: Polis Tahan Empat pelajar di Muar.


MUAR 28 Ogos - Empat pelajar sebuah sekolah menengah ditahan bagi membantu siasatan terhadap video pukul dan buli seorang remaja lelaki di tepi kebun kelapa sawit, Air Hitam, Bakri, dekat sini yang menjadi viral di media sosial.

Kesemua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing semalam, selepas polis menerima dua aduan berhubung kejadian tersebut.
Mereka kini direman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan kejadian itu yang dikatakan akibat daripada berebut teman wanita.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa yang berumur 15 tahun ditendang pada kepala dan badan oleh dua remaja berkenaan.



"Salah seorang remaja tersebut kemudian cuba memukul mangsa dengan sebatang kayu tetapi dapat ditepis oleh mangsa. Kejadian disaksikan dan dirakam rakan-rakan remaja terbabit dengan menggunakan telefon bimbit.

"Video berkenaan tersebar dan dikongsi rakan sekolah yang lain sebelum dimuat naik di YouTube dan kemudian menjadi viral di media sosial," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini hari ini.



Azman berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 5 petang, 14 Ogos lalu apabila suspek menghubungi mangsa untuk berjumpa di kawasan berkenaan.
Katanya, apabila mangsa sampai suspek terus menolak mangsa sehingga terduduk sebelum dipukul.

"Selepas kejadian tersebut berlaku, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa pada Isnin lalu diikuti satu lagi laporan dua hari selepas itu. Empat remaja termasuk suspek utama ditahan dan pihaknya turut merampas sebatang kayu berukuran kira-kira satu meter dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
"Kesemua suspek ditahan reman sehingga 1 September ini dan pihaknya juga sedang mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam pergaduhan tersebut," katanya.- UTUSAN

15:24 0

KESIAN BADAN BAYI MELECUR TERKENA AIR PANAS KETIKA DIMANDIKAN JURURAWAT


SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat di hospital itu.

Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.

Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Anbdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin. - Kosmo
06:21 0

Penumpang Wanita Bersalin Dalam Bas Ekspress Dengan Bantuan Penumpang Lain


Seorang warga Indonesia melahirkan bayinya di dalam sebuah bas eskspres gara-gara tidak sempat sampai ke klinik. Dia dilaporkan dalam perjalanan dari Bintulu, Sarawak ke Pontianak, Indonesia, kelmarin, lapor Borneo Post.

Keadaan Sumarni Abakar, 32, yang dalam kesakitan disedari oleh penumpang disebelahnya yang kemudian memaklumkan kepada pemandu bas untuk menuju ke klinik terdekat.

Bagaimanapun, kerana tidak sempat ke klinik, Sumarni akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki di dalam bas tersebut, dibantu oleh seorang penumpang wanita yang dikenali sebagai Latifah Sharudi pada pukul 7.55 malam.

 -SiakapKeli.com
Wednesday, 27 August 2014
17:31 0

Video Tragis Kanak-kanak 9 Tahun Tertembak Jurulatih di Pusat Latihan Menembak


Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun telah secara tidak sengaja membunuh jurulatih pengajar beliau ketika kanak-kanak tersebut berlatih menembak di sebuah pusat lapang sasar Arizona Amerika Syarikat.

Kejadian itu berlaku Isnin lalu, di mana gadis itu telah dibawa oleh ibu bapanya untuk belajar menggunakan senjata api, kata pejabat sheriff tempatan.

Gadis kecil telah berjaya berjaya mengendalikan senjata Gred Militari dalam mod "tembakan tunggal" atau single shot di Lapang Sasar Bullet and Burgers , yang berkeluasan 30 ekar (12 hektar). 

Tetapi apabila jurulatihr menembak Charles Vacca, 39, beralih senjata jenis Uzi ke mod automatik sepenuhnya, kuasa tembakan senjata itu menyebabkan kanak-kanak itu tidak dapat mengawal senjata itu  menyebabkan senjata itu melantun ke atas ke arah kepala Vacca, dan peluru dilepaskan oleh kanak-kanak itu mengenai kepala jurulatih tersebut.

"Vacca berdiri di sebelah gadis itu ketika dia telah mengarahkan kanak untuk menggunakan senjata apabila kemalangan itu berlaku," kata Pejabat Mohave County Sheriff dalam satu kenyataan.

Vacca meninggal dunia di hospital tidak berapa lama kemudian.

Pihak berkuasa kemudiannya telahmengeluarkan video kejadian tersebut dan memotong bahagian ketika tembakan maut itu berlaku,

"Berikan saya satu pukulan ... betul," kata pengajar, bersandar di dengan lengan di sekitar belakang kanak-kanak itu.


10:41 0

VIDEO CARA NAK ELAK BAYAR TOL OLEH ORANG TAK BERAPA NAK CERDIK


Di Malaysia kebanyakan lebuhraya menggunakan sistem Tol tertutup di mana pengguna yang menggunakan jalan tersebut akan membayar tol tersebut semasa keluar dari lebuhraya berkenaan.

Namun begitu ada juga pemandu yang tidak berpuas hati dengan kenaikan kadar tol di ;ebuhraya-lebuhraya walaupun sebenarnya tujuan tol dikenakan adalah bagi menampung pembiayaan dan penyelenggaraan lebuhraya.

Dalam video di bawah ini menunjukkan cara-cara untuk mengelak tol oleh remaja yang agak kurang cerdik kerana setiap laluan di pondok tol dilengkapi oleh kamera CCTV yang dapat mengesan maklumat pemandu kereta melalui gambar plat kereta dan gambar pemandu.

Di harapkan agar remaja berkenaan dapat bertanggungjawab sebagai pengguna lebuhraya. Kerana nak jimat sikit nanti tak pasal-pasal masuk mahkamah kerana menceroboh,


Monday, 25 August 2014
16:51 0

Hisap Rokok Kretek Perkara Biasa Bagi Kanak-Kanak Indonesia


Di Indonesia, seramai 30 peratus dari kanak-kanak dinegara itu dikatakan mengaku mula menghisap rokok sebelum usia 10 tahun lagi. Lebih separuh dari rakyat dinegara itu dikatakan menghisap rokok.

Majoriti dari penghisap rokok di Indonesia memlih untuk menghisap rokok kretek. Menurut statistik yang dikeluarkan, lebih 300,000 penghisap rokok meninggal kerana penyakit yang berpunca dari rokok.

Yang menjadi masalahnya adalah kerajaan Indonesia sekarang tidak membuat sebarang sekatan penjualan rokok kepada kanak-kanak di bawah umur.

Masalahnya ialah, kerajaan Republik Indonesia tidak mengenakan sebarang sekatan penjualannya kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Kanak-kanak di Indonesia menghisap rokok di tempat awam dengan bersahaja tanpa mempedulikan orang dewasa lain kerana ketirisan ini - SiakapKeli.com




Sunday, 24 August 2014
06:41 0

Doktor Terpaksa Panggil Bomba Untuk Tolong Potong Cincin di Alat Sulit Supaya Tak Tersalah Potong

Kalau cincin terlekat di jari memang  biasa kita dengar. Ada yang menggunakan sabun utnuk mengeluarkannya.
Kebiasaannya, dalam situasi yang gawat atau kritikal, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat akan bertindak memotong cincin tersebut.
Tetapi hari ini, lain pula cerita yang dikongsikan menerusi akaun Twitter BOMBA..
Pihak bomba  terpaksa memotong cincin yang melekat di alat sulit seorang mangsa yang tidak dimaklumkan jantinanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu jam 7.25 pagi tadi.
Setakat ini, tiada maklumat lain yang disertakan di akaun tersebut.
Hal ini mungkin kerana kalau hendak memotong sampai habis alat sulit agaknya tidak ada masalah bagi seorang doktor, tetapi hendak memotong cincin yang terlekat pada alat sulit memang masalah nampaknya.
Bagaimanapun tidak diketahui bentuk cincin tersebut sama ada cincin belah rotan atau bukan. Kenapa cincin tersebut berada di situ pun hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.
Tahniah kepada pihak bomba yang berjaya menjalankan tugas dengan baik.

Saturday, 23 August 2014
18:24 0

TERHARU MELIHAT GAMBAR ABDERRAHMAN KINI TIDUR BERSELIMUTKAN UNIFORM ARWAH BAPANYA.

Anak kecil berusia 9 bulan ini, mungkin tidak mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Namun pastinya hati Abderrahman  tertanya-tanya ke mana perginya kelibat orang yang selama ini begitu memanjakannya. Namun memang ia tak pandai diluahkan.
10430385_802835743080432_7177548211199953682_n
Abderrahman adalah  anak pembantu juru terbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi merupakan antara waris mangsa yang paling mendapat perhatian ketika upacara penghormatan terakhir semalam.
abderrahman
Foto seorang rakan sekerja yang mendukung anak kesayangan allahyarham Ahmad Hakimi turut menangis tersedu-sedu ketika solat jenazah kerana tidak dapat menahan perasaan pilu.
abderrahman2
Namun gambar yang amat menusuk kepiluan hati ini adalah ketika Abderrahman tidur sambil diselimutkan dengan uniform bapanya yang mendapat banyak dikongsi di Twitter.
Fullscreen capture 8232014 61156 PM
Ini adalah amalan masyarakat Melayu di negara kita kerana  menyelimutkan anak dengan pakaian ini biasanya dilakukan seorang ibu bagi mengelak anak kecil demam kerana terlalu merindukan bapanya yang jauh.
Memang berat dugaan buat semua waris mangsa MH17. Didoakan semoga mereka tabah menerima ketentuan ini sebagai takdir Ilahi. - MYNEWSHUB.MY
02:59 0

Video Rintihan Anak Arwah Mastura Mustafa Di Sisi Keranda Ibunya.

Video ini diambil oleh Nazar Merah ketika  jenazah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi untuk solat jenazah dan penghormatan khas sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Paroi, Negeri Sembilan jam 3 petang semalam.

Walaupun ada yang mengatakan tidak ada berlaku kejadian anak arwah merintih supaya supaya keranda ibunya dibuka supaya Muhkriz dapat mencium pipi arwah ibunya tetapi orang yang mengambil video ini mengatakan kejadian tersebut adalah benar.

Tentunya sesiapapun akan tersentuh  melihat tangisan anak tunggal salah seorang pramugari mangsa tragedi MH17, Mastura Mustafa di sisi keranda ibunya.
Daripada rakaman kelihatan Muhriz Marzaidi,10, yang menangis hiba cuba ditenangkan namun dia tidak berganjak daripada memeluk keranda ibunya 
Gambar dan video Mukhriz yang menyentuh perasaan ini dikongsikan di banyak laman Facebook dan mendapat simpati orang ramai.




Meski pun ada yang mengaitkan tangisan Mukhriz dengan perasaan terkilan kerana tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir, satu yang pasti sesiapa pun pasti berasa terlalu sedih apabila kehilangan insan yang melahirkan kita ke dunia.
Semoga Allah memberikan ketabahan buat adik Mukhriz dan semua anggota keluarga mangsa MH17. - MYNEWSHUB.MY
Friday, 22 August 2014
00:18 0

MENITIS AIR MATA MENYAKSIKAN ABDERRAHMAN TURUT BERADA SAF HADAPAN UNTUK SOLAT JENAZAH AYAHNYA


Selamat Tinggal Ayah Dari Abderrahman! Mungkin kalau anak kecil ini boleh berkata, itulah ucapannya. Bercucuran air mata ini bila melihat gelagat anak Pembantu Juruterbang Ahmad Hakimi yang turut dibawa ke Masjid Putrajaya. Tiada siapapun yang menduga anak kecil berusia sembilan bulan ini akan kehilangan bapanya dalam usianya yang masih kecil lagi.
Abderrahman kehilangan bapanya, Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang menjadi mangsa korban nahas MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, 17 Julai lalu.
Ketika solat jenazah dilakukan sebentar tadi, dapat dilihat anak Allahyarham turut sama berada di saf hadapan , yang mana Abderrahman didukung oleh seorang rakan baik Hakimi yang tidak dapat menahan sebak sepanjang solat jenazah berlangsung.
Sementara itu, sebilangan besar ahli keluarga terdekat Hakimi memakai tshirt hitam yang tertulis ayat Co. Pilot Ahmad Hakimi Hanapi #MH17 17.7.2014 ‘See you in Jannah’.
HAKIMI
Sama-samalah kita doakan kesejahteraan kesemua mangsa nahas MH17, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.MY
HAKIMI1
Thursday, 21 August 2014
09:59 2

Jenazah Mohd Ali Mangsa MH17 Paling Sempurna. Bapa Tidak Sabar Untuk Tatap, Peluk dan Cium Setiba di Tanah Air Nanti.


MUAR – Md Salim Sarmo, 65, bapa kepada Allahyarham Mohd Ali, seorang daripada mangsa nahas pesawat MH17 berkata, beliau dan keluarga tidak sabar untuk menatap wajah, memeluk dan mencium jenazah anak lelakinya itu yang dijadualkan tiba dengan helikopter di Stadium Mini Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, dekat sini tengah hari esok.
Ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Jayor, Pagoh di sini hari ini, beliau menerima dengan penuh syukur dan gembira mengenai berita keadaan jasad anaknya itu yang dikatakan hampir sempurna sifatnya ketika dimandi dan disembahyangkan di Amsterdam, Belanda.
“Kami sekeluarga reda dan tidak kisah dengan keadaan jasad Mohd Ali tetapi saya dimaklumkan melalui telefon oleh kawan-kawan anak saya dari Belanda yang membantu memandikan dan menyembahyangkan jenazah, mayatnya adalah yang paling sempurna.
“Mereka kata cukup sifat dan tangan juga lembut semasa jenazah dimandikan. Kami cukup lega, berpuas hati dan berterima kasih kerana diberi kebenaran untuk melihat wajah Mohd Ali buat kali terakhir esok,” katanya.
Mohd Ali adalah calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengikuti pengajian ijazah kedoktoran dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus Universitiet Rotterdam, Belanda.
Md Salim berkata mereka sekeluarga hanya dibenarkan melihat wajah Mohd Ali tetapi dilarang mengambil gambar bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan potretnya untuk tujuan tidak baik.
Dia berkata persiapan menyambut jenazah dilakukan sejak tiga hari lalu antaranya di IKBN Pagoh, proses menurap jalan ke rumahnya dan kerja-kerja menggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja, Pagoh, yang membabitkan petugas Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya, Majlis Perbandaran Muar (MPM), Pejabat Parlimen Pagoh, UMNO Bahagian Pagoh, polis dan bomba.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Anggota Parlimen Pagoh dan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah antara yang menyambut jenazah Mohd Ali di IKBN.
Beliau sekeluarga berlepas ke Kuala Lumpur pukul 4 petang tadi untuk menyambut ketibaan jenazah esok.
Selepas itu, mereka akan mengiringi jenazah yang akan diterbangkan menggunakan helikopter ke IKBN Pagoh.
Jenazah Mohd Ali akan disemadikan bersebelahan pusara datuk saudaranya, Jawat Suradi, yang meninggal dunia September tahun lalu pada usia 93 tahun, kerana hubungan mereka amat rapat.
“Setiap kali pulang ke tanah air, Mohd Ali pasti melawat datuk saudaranya itu dan kebetulan semasa hari raya puasa tahun lalu, mereka berdua ada mengambil gambar bersama. Tidak sangka pula, mereka akan disemadikan bersebelahan,” katanya.
Md. Salim, bapa kepada lapan anak itu, turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat membawa jenazah anaknya pulang terutama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Muhyiddin, Kerajaan Malaysia, Malaysia Airlines dan kedutaan Malaysia di Belanda. – BERNAMA
01:07 0

ALHAMDULILLAH JENAZAH ARWAH HAKIMI PEMBANTU JURUTERBANG MH17 DALAM KEADAAN SEMPURNA


Keluarga pembantu juruterbang Malaysia Airlines (MAS); Ahmad Hakimi Hanapi, 29, yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 di Ukraine bersyukur apabila dimaklumkan bahawa jenazah anaknya ‘cukup sifat’ dan dalam keadaan sempurna.
Memetik laporan laman web Harian Metro, keadaan jenazah Allahyarham Ahmad Hakimi dimaklumkan oleh petugas yang menguruskan jenazah kepada ibunya Noriah Daud, 57, yang berada di Amsterdam, Belanda.
“Anak awak cukup sifat,” itulah kata-kata yang diberikan oleh petugas yang menguruskan jenazah mangsa nahas pesawat itu.
Perkara itu dimaklumkan kepada nenek Allahyarham Zaleha Bawal Khan, 73,. Selain itu, dimaklumkan juga semua urusan memandikan dan mengkafankan jenazah cucunya itu berjalan lancar.
“Dia memberitahu ayat pertama diberitahu petugas kepada mereka di Amsterdam, Ahmad Hakimi cukup sifat. Kami bersyukur mendengarnya.
“Cuma dia ada memberitahu tidak sempat menatap wajah arwah kerana sudah dikafankan, namun tidak terkilan kerana bimbang jika melihat jasad anaknya, dia akan menjadi lebih sedih,” katanya dalam laporan berkenaan di kediamannya di Kedai Melor, Kota Bharu, Kelantan.
Pesawat MH17 yang membawa 298 orang penumpang pada 17 Julai lepas terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine di Grobovo berhampiran sempadan Russia.
Kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh dalam nahas berkenaan. – Mynewshub.my
00:08 0

SENARAI NAMA JENAZAH TRAGEDI MH17 YANG AKAN TIBA DI KLIA ESOK.


Berikut adalah senarai nama jenazah mangsa Tragedi Pesawat MH17 yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Crew:

1) Mastura Mustafa (F)

2) Ahmad Hakimi Hanapi (M)

3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (F)

4) Nur Shazana Mohamed Salleh (F)

5) Dora Shahila Kassim (F)

6) Lee Hui Pin (F)

7) Angeline Premila Rajandaran (F)

8) Chong Yee Pheng (F)

9) Azrina Yakob (F)

Passengers:

1) Foo Ming Lee (M)

2) Karamjit Singh Karnail Singh (M)

3) Ng Qing Zheng (M)

4) Mabel Anthony Samy (F)

5) Paul Rajasingam / Sivagnanam (M)

6) Elisabeth Ng Lyeti (F)

7) Ariza Ghazalee (F)

8) Muhammad Afif Tambi (M)

9) Noor Rahimmah Mohd Nor (F)

10) Mohd Ali Md Salim (M)

11) Hasni Hardi Parlan (M)

-- BERNAMA
Wednesday, 20 August 2014
18:02 14

Kisah Cinta Sejati Yang Tiada Tolok Bandingnya Ahmad Hakimi Pembantu Juruterbang MH17 di Ceritakan Oleh Isterinya.





Ahmad Hakimi (kiri) bersama isteri dan anak lelakinya, Abderrahman.
PETALING JAYA: Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

"Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.

"Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya," katanya.

"Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa," katanya.

Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.

"Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.

"Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang," kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.

"Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.

"Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid," katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.

"Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah."

Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah "bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".

Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.

Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.

"Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

"Dia berkata, 'Muka macam Abderrahman'. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim," kata Asmaa.

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.

"Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.

"Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui," katanya. -mStar
16:42 0

GURU TERLUPA ANAK BERUSIA 4 TAHUN DITINGGALKAN DALAM KERETA SELAMA 8 JAM


ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia setelah ditinggalkan di dalam kereta bapanya lebih lapan jam di Kuala Nerang hari ini.

Menurut jurucakap polis, mangsa, Muhammad Aqil Arfan Adnan ditinggalkan di dalam kereta bapanya yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang sejak 7.30 pagi hingga 4 petang.

Katanya bapa kanak-kanak itu telah meletakkan kenderaan di sekolah itu tanpa menyedari anaknya sedang tidur di dalam kereta itu.

“Dia sepatutnya menghantar anaknya ke tadika. Pada pukul 4 petang apabila hendak mengambil keretanya dia mendapati anaknya berada dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya bapa kanak-kanak itu terus membawa anaknya ke wad kecemasan Hospital Kuala Nerang dan doktor di hospital itu mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam ini untuk bedah siasat. – BERNAMA
03:50 0

Murid Tingkatan 5 maut Motorsikal ditunggang Belanggar dengan MPV


ALOR GAJAH – Seorang murid yang masih belajar di Tingkatan Lima maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Kemalangan tersebut berlaku  kira-kira jam 11.30 malam mengakibatkan, mangsa Muhammad Azri Zamri, 17, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Di waktu kejadian mangsa bersama beberapa rakannya dikatakan dalam perjalanan ke kedai makan berdekatan sebelum motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan MPV Toyota Wish berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. – BH Online
Tuesday, 19 August 2014
10:00 0

KELUARGA DORA SHAHILA PRAMUGARI MH17 KECEWA MAS TAK SENSITIF


Ketika persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas MH17 yang dijadual berlangsung Jumaat ini sibuk dilakukan, waris kepada salah seorang mangsa mendakwa mendapat layanan tidak sepatutnya daripada Penerbangan Malaysia (MAS) berhubung urusan membawa pulang jenazah.

Don Shahidan Kassim, abang kepada , Dora Shahila berkata, beberapa kekeliruan dan persoalan timbul walaupun MAS telah mengesahkan bahawa mayat adiknya berjaya dikenal pasti forensik di Belanda dan akan dibawa pulang, Jumaat ini.

“Dua wakil pengurusan MAS telah datang ke rumah saya pada 14 Ogos lalu memberitahu mayat Dora Shahila telah dikenal pasti dan akan tiba di Kompleks Bunga Raya pada Jumaat ini.

“Dalam pertemuan itu mereka menyuruh waris dan ahli keluarga bersedia untuk berlepas ke Amsterdam selewat-lewatnya pada Sabtu (16 Ogos) untuk mengiringi jenazah pulang dan mengenal pasti barang-barang milik mangsa, tetapi sampai sekarang (18 Ogos) kami masih di sini,” katanya kepada mStar Online dalam satu pertemuan di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini, Isnin.

Don Shahidan, 47 berkata, selain dua wakil pengurusan MAS, turut hadir adalah wakil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Masjid At Taqwa TTDI, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dua penjaga kebajikan (caregiver) yang ditetapkan MAS untuk keluarga mereka.

Menurutnya, bagaimanapun pada hari mereka sekeluarga dijadual berlepas ke Amsterdam (Sabtu), seluruh ahli keluarganya terkejut apabila ‘caregiver’ MAS memaklumkan bahawa jenazah Dora Shahila mungkin tidak termasuk dalam senarai jenazah yang akan dibawa pulang Jumaat ini.

Katanya, sebagai waris beliau dan ahli keluarga yang lain merasakan mereka berhak untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi itu dan masalah yang mungkin berlaku, tetapi malangnya layanan yang diterima melalui telefon amat mengecewakan.

“Apabila ditanya lebih lanjut mengenai punca berlakunya sedemikian, dua ‘caregiver’ MAS berkenaan tidak dapat memberikan alasan yang konkrit dan hanya mengaitkannya dengan pihak atasan.

“Malah, seorang daripada ‘caregiver’ menyuruh saya menukar dirinya dengan ‘caregiver’ lain jika tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan,” katanya.

Katanya, beliau kesal apabila MAS yang menjadi tempat adiknya berkhidmat selama 29 tahun dilihat seolah-olah mengabaikan kebajikan pekerja dan tidak memikirkan sensitiviti waris pada waktu yang sukar ini.

Beliau berkata, MAS sepatutnya memikirkan tentang persiapan yang perlu dilakukan waris untuk menyambut ketibaan dan menguruskan jenazah, termasuklah mengambil kira faktor ahli keluarga dan sanak saudara mangsa yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Tambahnya, beliau tidak kisah jika MAS mempunyai masalah untuk mengeluarkan tiket penerbangan kepada waris, tetapi meminta supaya syarikat itu membantu memudahkan waris yang mahu mengurusan jenazah dilakukan dengan sempurna.

“Kami rasa dipermainkan. Bagaimana mereka boleh datang ke rumah, memberitahu waris bahawa mayat telah dikenal pasti dan minta kita bersedia tetapi selepas beberapa hari segala-galanya berubah.

“Kalau masih belum pasti atau sah, kenapa datang ke rumah kami. Adakah MAS anggap kematian dan urusan jenazah ini perkara kecil dan boleh dipermainkan? Tidakkah mereka fikir tentang perasaan dan sensitiviti waris, terutama anak mangsa,” katanya merujuk kepada anak tunggal mangsa, Nur Diana Yazira Yezli, 15.

Katanya, apa yang lebih mengejutkan apabila semalam (Isnin) beliau sekali lagi dihubungi wakil MAS yang meminta kepadanya lapan nama yang akan hadir ke istiadat penerimaan jenazah Jumaat ini.

“Sekali lagi saya tanya, adakah apabila dia meminta lapan nama itu bermaksud jenazah adik saya akan tiba pada Jumaat ini?.

“Tetapi mengejutkan apabila orang yang menelefon saya itu tidak dapat memberi kepastian. Kalau tak dapat beri kepastian, kenapa minta lapan nama? Apa kata saudara mara yang sudah ambil cuti dan datang dari jauh untuk beri penghormatan tetapi bila sampai di Kompleks Bunga Raya, jenazahnya tiada,” katanya.

Beliau yang rapat dengan mangsa berkata, seluruh ahli keluarga terutama ibunya sedih apabila keluarga mereka dilayan sedemikian.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti adakah waris lain menerima nasib yang sama dengan dengan mereka atau sebaliknya.

“Ini apa yang berlaku kepada kami, waris-waris lain saya tidak tahu tetapi saya dapat tahu terdapat waris yang telah lama berlepas ke Amsterdam dan jumlah mereka agak ramai.

“Kami tertanya-tanya apakah perbezaan Dora dengan krew lain dan apa beza keluarga saya dengan keluarga mangsa lain. Adakah nilai nyawa adik saya berbeza dengan mangsa-mangsa lain,” katanya yang menuntut MAS supaya bersikap adil.

Beliau berkata, tujuan utama mereka mahu pergi ke sana sebagai memenuhi permintaan anak mangsa, selain mengambil barangan peribadi dan mengiringi jenazah pulang ke Malaysia.

“Bukan kami nak pergi jalan-jalan, tapi demi memenuhi permintaan anak tunggal arwah dan memikirkan tiada siapa yang dapat mengecam barang-barang peribadi arwah, kami buat juga persediaan untuk ke sana,” katanya.

Katanya, masa semakin suntuk untuk membuat persiapan dan dalam masa yang sama anak perempuan mangsa mengalami gangguan emosi dan terganggu pelajarannya kerana isu ini.

“Sekiranya berlaku kesilapan teknikal atau kesalahan lain, cuba bagi penjelasan secara baik atau minta maaf.

“Kami bukan nak memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kami rasa berhak dapatkan penjelasan,” katanya yang hanya diberi peluang bercakap dan berurusan dengan ‘cargiver’ MAS untuk apa jua urusan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan adalah jalan terakhir selepas lama bersabar dan merasakan suara mereka perlu didengari.

Sementara itu, ‘caregiver’ MAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.