Searching...
Tuesday, 10 June 2014
10:21 0

Lelaki mati di depan notebook Misteri BAU Busuk Terjawab,

Lelaki Di temui Mati Depan Notebooknya! Misteri BAU Busuk Terjawab,  | Maka terjawablah sudah satu misteri bau busuk yang kuat menyelubungi dan menjadi tanda tanya kepada seorang tukang cuci yang ingin memulakan tugas rutin paginya semalam dengan terjumpanya mayat seorang lelaki warga emas di sebuah bilik kuarters yang terletak di Jalan Luak Bay, Miri.


Identiti si mati telah dikenal pasti sebagai Chong Min Liong, 64, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Ketika mayatnya ditemui, si mati yang merupakan seorang pengurus kepada sebuah syarikat swasta berada dalam keadaan posisi duduk di atas kerusi sambil menghadap sebuah komputer riba dan memakai baju-T berkolar serta berkain tuala.
Terdahulu menurut sumber, sekitar jam 8 pagi semalam, tukang cuci berusia 43 tahun itu datang ke kuarters berkenaan untuk menjalankan tugas rutin.



Setiba di tempat kejadian yang terletak di tingkat satu bangunan kuarters itu, tiba-tiba dia terhidu bau busuk, namun tidak mengendahkan­nya kerana menyangka bau sampah.
Difahamkan juga, tingkat satu bangunan tersebut mengandungi enam bilik pekerja, dua dapur dan dua ruang tamu.
Beliau yang mula berasa tidak sedap hati dan curiga cuba untuk mencari dari mana arah bau busuk itu datang sehinggalah dia tiba di depan bilik si mati, di mana bau busuk tersebut terasa semakin kuat.



Pada mulanya, wanita terba­bit cuba membuka pintu bilik si mati namun tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Ia hanya dapat dibuka dengan menggunakan kunci pendua.
Sebaik pintu diselak, alang­kah terkejutnya dia apa­bila ternampak si mati sudah terkulai kaku sambil duduk di atas kerusi.

Berikutan itu, tukang cuci terbabit segera menghubungi pihak Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi menge­sahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan mayat lelaki warga emas terbabit.



“Ketika mayat ditemui, tiada seorang pun pekerja lain yang mendiami kuarters berkenaan berada di tempat kejadian kerana rata-rata mereka pulang bercuti sem­pena Hari Gawai.


“Siasatan awal polis di tem­pat kejadian juga tidak men­emui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan pada badan si mati. Malah kesemua barang mangsa tidak diusik,” katanya sambil memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Menurut Gan, si mati diper­cayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu berdasar­kan keadaan mayatnya yang sudah mula mereput.
Difahamkan, si mati telah bekerja di syarikat berkenaan selama setahun dan tinggal di kuarters berkenaan seorang diri. Manakala ahli keluar­ganya menetap di Semenan­jung Malaysia.


sumberhttp://www.theborneopost.com/2014/06/06/mati-depan-laptop/

0 comments:

Post a Comment