Searching...
Thursday, 12 June 2014
21:52 0

Confirm !!! Neelofa dah berpisah dengan Hans Isaac. Sedihnya...

Semalam blog rotikaya menulis tentang Hans Isaac yang seolah-olah tidak mahu membuka mulut soal cintanya bersama Neelofa yang dikatakan sudah berakhir dan tidak kesampaian, tetapi hari ini Neelofa sendiri tampil menjelas serta mengesahkan mengenai perkara itu.

Harian Metro hari ini dipetik, Neelofa berkata beliau tak tahan lagi apabila dia sering dikaitkan dengan Hans Isaac selain itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa hubungan cinta mereka sudahpun berakhir semenjak awal bulan Februari tahun ini.

“Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu. Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali”

“Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua,” jelas Neelofa yang diminta mengulas tentang kisah ini.

Namun begitu Neelofa tidak pula mahu berkongsi ceritanya tentang apakah punca atau sebab mereka berdua berpisah dan hanya menganggap dirinya  sudah tiada jodoh dengan Hans Isaac. (rtky/m)
Wednesday, 11 June 2014
23:08 0

Ayu kat atas kata Zaquan

Laman web Rotikaya.com, telah memaparkan screen shot bukti Zaquan Adha suami kepada Ayu Raudhah membuat panggilan video dan mesej mesra dengan seorang gadis telah diupload.
Ini adalah pendedahan kali ketiga perbualan dan mesej Zaquan Adha dengan gadis lain tersebar.
Printscreen gambar tersebut menunjukkan, Zaquan Adha masih sempat bermesej dengan gadis misteri itu sebelum tidur. Sementara,  Ayu Raudhah isterinya dikatakan pada ketika itu sedang berada di tingkat atas rumahnya.
Ayu Raudhah sebelum ini telah menafikan gambar-gambar yang tersebar di laman sosial itu melibatkan suaminya.
Walaubagaimanapun masih belum ada sebarang kenyataan dari Zaquan.
sumber - berita-harian/ rotikaya
17:33 0

Taylor Swift tiba di KLIA untuk konsertnya 'The RED Tour Presented by Cornetto in Southeast Asia'


KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd telah memaklumkan bahawa penyanyi antarabangsa dari Amerika Syarikat, Taylor Swift, telah tiba di Malaysia bagi konsertnya di Malaysia dalam siri jelajah 'The RED Tour Presented by Cornetto in Southeast Asia' dengan menaiki pesawat Airbus A320 khas Taylor Swift dan mendarat di lapangan terbang KLIA.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Air Asia menambah bahawa ia turut memberi peluang eksklusif kepada peminat-peminat kepada pemenang anugerah Grammy Award sebanyak tujuh kali ini, untuk memiliki model kapal terbang AirAsia Taylor Swift. 

"Model pesawat eksklusif ini ditawarkan dalam dua saiz: 1:100 pada harga RM130 seunit, dan 1:400 pada RM107 seunit (tidak termasuk bayaran penghantaran).

"Peminat dan pengumpul model pesawat boleh membuat pesanan awal bagi model-model pesawat eksklusif ini melalui e-mel kepada AirAsia dengan menyatakan butiran terperinci mereka (Nama, Nombor untuk Dihubungi, E-mel, Alamat Surat Menyurat dan Model Pesawat Pilihan) ke alamat redhot@airasia.com

sumber - mstar
09:34 0

Peminat bolasepak berjalan kaki selama 3 bulan ke Brazil

Empat pemuda bersama seekor anjing berjalan kaki ke Brazil selama tiga bulan. (Foto: Orange)

BAHIA - Empat orang peminat bolasepak England telah melakukan satu perkara yang sungguh menakjubkan. Mereka adalah Adam Burns, David Bewick, Pete Johnston, dan Ben Olsen, telah menghabiskan waktu selama tiga bulan untuk berjalan dari Argentina menuju ke Porto Alegre, Brazil.

Dalam berita Orange, Rabu (11/6/2014), pemuda-pemuda ini telah berjalan kaki sejauh 1.966 kilometer km) ke Brazil sempena Piala Dunia 2014 dan juga membantu bandar-bandar di Negeri yang tekenal dengan muzik Samba itu yang sedang dilanda kemarau.

Sepanjang perjalanan, seekor anjing labrador kepunyaan mereka yang bernama Jefferson turut menyertai program ini. Mereka juga telah bertemu dengan ramai orang dari pelbagai kaum dan budaya.

Selain melakukan pengembaraan ke Brazil ini, mereka turut  membuat sebuah perigi di utara kota Brazil.

Keempat pemuda dermawan ini telah berjaya  mengumpulkan dana sebanyak 20 ribu pound sterling untuk yayasan J de V Arts Care Trust. Dana yang terkumpul tersebut telah digunakan untuk membangunkan sebuah perigi di Bahia, Brazil, yang mengalami pendieritaan akibat kemarau yang melanda sejak 50 tahun.

"Tempat-tempat yang kita saksikan dan para penduduk yang kita temui dari perjalanan yang dilakukan adalah merupakan satu pengalaman  sekali dalam seumur hidup ini," ujar Johnston.

"Berjalan kaiki dapat memungkinkan Anda untuk bertemu dengan hal-hal kecil di sebuah negara yang tidak mungkin Anda temui jika menggunakan kenderaan," tambah pemuda yang berasal  dari Guisborough, Yorkshire, Inggris.

Burns, Bewick, dan Johnston telah memulakan perjalanan mereka dari Mendoza, Argentina, pada 3 Mac lalu. Kemudian mereka telah bergabung dengan Olsen di Buenos Aires beberapa minggu selepas itu.

Keempat-empat pemuda ini telah menempuh perjalanan yang begitu jauh. Mereka telah menyeberangi Sungai Plata ke Uruguay, menyusuri pantai, melalui padang pasir di San Luis, menyusuri sepanjang jalanraya di Justo Daract.

Dalam perjalanan tersebut, mereka mengalami banyak peristiwa, seperti kejutan pagar letrik  kaki melecet, teriknya matahari, dan tak kurang juga yang mengalami cramp pada otot kaki. Jika ingin ikut 
07:46 0

Bekas pengarah syarikat dihukum penjara 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta

KUALA LUMPUR: Bekas pengarah syarikat Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 1,942 tahun dan dend sebanyak RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram membabitkan kira-kira RM24 juta, empat tahun lalu.

Manakala, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram. 
Sementara syarikat tersebut,  didenda sebanyak RM180,000.


Lim, dituduh telah memindahkan wang keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Oktober 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat – Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd – atas kapasitinya sebagai pengarah.

Leong pula dituduh menerima, memindahkan dan memegang wang keuntungan daripada aktiviti haram itu dalam akaun syarikat antara 18 Julai 2008 dan 19 Oktober 2009.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh semasa menjatuhkan hukuman terhadap mereka berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Hakim mendapati mereka bersalah terhadap semua 627 pertuduhan selepas mendengar keterangan 37 saksi pendakwa raya dan tujuh saksi pihak pembelaan.

Lim dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Lim juga dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM3,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada 472 pertuduhan pengubahan wang haram.

Hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari hari ini.

Beliau juga memerintahkan Lim menjalani hukuman penjara enam tahun terlebih dulu dan diikuti dengan hukuman penjara empat tahun.

Dengan itu, Lim yang diwakili peguam Hariharan Tara Singh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun. - BERNAMA
06:01 0

MUTAKHIR Anggota penguatkuasa KPDNKK periksa kilang `Bihun Istimewa' hari ini

KUALA LUMPUR: ANGGOTA penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah ke premis kilang ‘Bihun Istimewa’ cap  masjid di Batu 7, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, hari ini selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan produk itu tidak mempunyai sijil halal.

Pemeriksaan anggota terbabit dibuat selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan bihun keluaran kilang berkenaan tidak mempunyai sijil halal.Pegawai KPDNKK yang enggan namanya disiarkan berkata, pemeriksaan terbabit bertujuan membuat siasatan lanjut terhadap kilang berkenaan dan mengenal pasti pelanggannya di seluruh negara.


"Berdasarkan siasatan yang dilakukan mendapati antara pelanggan utamanya adalah sebuah pasar raya borong di Selayang, peruncit dan restoran makanan di sekitar Lembah Klang.

"Siasatan turut mendapati kilang berkenaan mengedarkan empat jenis jenama bihun iaitu bihun cap kucing, cap kambing, cap Van Loong dan cap masjid," katanya ketika ditemui di kilang berkenaan di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan orang awam mengenai isu kilang bihun kotor dan jijik guna logo halal yang tersebar di laman sosial.



03:32 0

Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama dan Selalu Bergaduh Kerana Tiada Wang- Farhan

Laporan mengenai kisah rumahtangga Abby Abadi & Noor Farhan kini nampaknya semakin dramatik setelah Farhan tampil mendedahkan yang beliau sering menjadi mangsa keganasan domestik atau deraan Abby Abadi secara mental dan juga fizikal.

mStar Online dalam laporannya hari ini menyatakan,  Abby Abadi buat pertama kali mencederakan bekas suaminya itu pada sekitar Januari tahun ini apabila mendapat tahu (pada ketika itu) suaminya ada memberitahu rakan yang mereka kini sudah tiada hubungan.

Abby Abadi dikhabarkan sekali lagi bertindak lebih agresif mencakar muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia tidak mahu berbincang tentang kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi SMS yang sedang berjalan di mahkamah.

Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini,“ ujar Noor Farhan yang ditemui.

Sering Bergaduh Kerana Tiada Wang, Beri Tekanan
Noor Farhan juga turut memberitahu bahawa mereka selalu bertengkar ketika Abby tidak mempunyai duit dan  hal itu juga sering memberikan tekanan kepada Farhan sehingga beliau membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah.

Setiap kali tidak mempunyai wang dia akan menyerang & mendesak saya sehingga pergaduhan akan tercetus di antara kami malah dia sering mengatakan saya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepadanya

Saya tidak pulang ke rumah kerana ingin ruang untuk memperbetulkan keadaan tetapi sikapnya yang sering memaksa dan mendesak membuatkan saya tertekan,” tambahnya lagi.
Cukuplah… Saya tidak akan rujuk kembali dengan dia kerana dia telah mencederakan saya dan perasaan sayang sudah tidak ada dalam diri saya,“ jelasnya. (rtky/m)
Tuesday, 10 June 2014
20:20 0

Rita Rudaini buat tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000


Kes yang penceraian yang melibatkan Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan masih lagi belum selesai Terkini, mereka akan kembali lagi ke mahkamah pada 30 September ini untuk mengikuti perbicaraan penuh berkaitan dengan tuntutan nafkah tertunggak melebihi RM100,000 oleh pelakon itu.

Peguam Rita Rudaini memberitahu, tuntutan nafkah yang berjumlah lebih RM100,000 tersebut akan difailkan oelh anak guamnya itu adalah termasuk kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

 “Jumlah semua dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka. Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” katannya.

Semasa prosiding yang berlangsung semalam, kedua dua pasangan tersebut tidak hadir dan mereka diwakili oleh peguam masing masing.

Aktress tersbut sebelum ini turut pernah membuat tuntutan nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.

Namum, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan. (rtky/m)
10:21 0

Lelaki mati di depan notebook Misteri BAU Busuk Terjawab,

Lelaki Di temui Mati Depan Notebooknya! Misteri BAU Busuk Terjawab,  | Maka terjawablah sudah satu misteri bau busuk yang kuat menyelubungi dan menjadi tanda tanya kepada seorang tukang cuci yang ingin memulakan tugas rutin paginya semalam dengan terjumpanya mayat seorang lelaki warga emas di sebuah bilik kuarters yang terletak di Jalan Luak Bay, Miri.


Identiti si mati telah dikenal pasti sebagai Chong Min Liong, 64, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Ketika mayatnya ditemui, si mati yang merupakan seorang pengurus kepada sebuah syarikat swasta berada dalam keadaan posisi duduk di atas kerusi sambil menghadap sebuah komputer riba dan memakai baju-T berkolar serta berkain tuala.
Terdahulu menurut sumber, sekitar jam 8 pagi semalam, tukang cuci berusia 43 tahun itu datang ke kuarters berkenaan untuk menjalankan tugas rutin.



Setiba di tempat kejadian yang terletak di tingkat satu bangunan kuarters itu, tiba-tiba dia terhidu bau busuk, namun tidak mengendahkan­nya kerana menyangka bau sampah.
Difahamkan juga, tingkat satu bangunan tersebut mengandungi enam bilik pekerja, dua dapur dan dua ruang tamu.
Beliau yang mula berasa tidak sedap hati dan curiga cuba untuk mencari dari mana arah bau busuk itu datang sehinggalah dia tiba di depan bilik si mati, di mana bau busuk tersebut terasa semakin kuat.



Pada mulanya, wanita terba­bit cuba membuka pintu bilik si mati namun tidak berjaya kerana dikunci dari dalam. Ia hanya dapat dibuka dengan menggunakan kunci pendua.
Sebaik pintu diselak, alang­kah terkejutnya dia apa­bila ternampak si mati sudah terkulai kaku sambil duduk di atas kerusi.

Berikutan itu, tukang cuci terbabit segera menghubungi pihak Hospital Miri untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi menge­sahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan mayat lelaki warga emas terbabit.



“Ketika mayat ditemui, tiada seorang pun pekerja lain yang mendiami kuarters berkenaan berada di tempat kejadian kerana rata-rata mereka pulang bercuti sem­pena Hari Gawai.


“Siasatan awal polis di tem­pat kejadian juga tidak men­emui sebarang unsur jenayah dan tiada kesan kecederaan pada badan si mati. Malah kesemua barang mangsa tidak diusik,” katanya sambil memberitahu kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Menurut Gan, si mati diper­cayai telah meninggal dunia sejak tiga hari lalu berdasar­kan keadaan mayatnya yang sudah mula mereput.
Difahamkan, si mati telah bekerja di syarikat berkenaan selama setahun dan tinggal di kuarters berkenaan seorang diri. Manakala ahli keluar­ganya menetap di Semenan­jung Malaysia.


sumberhttp://www.theborneopost.com/2014/06/06/mati-depan-laptop/
07:38 0

Siapa yang buat cerita Awie (Wings) pukul isterinya?



AMPANG: Siapa yang telah buat cerita tentang penyanyi rock Awie (Wings) memukul isterinya, Rozana Misbun dalam satu kejadian di sebuah bank?

Awie hanya akan menjelaskan tuduhan itu jika sekiranya ada terdapat bukti yang dia telah berbuat demikian.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, berkata, dia menyifatkan dakwaan  tersebut adalah semata-mata fitnah terhadapnya.

Menurut beliau ketika ditemui pada majlis pelancaran Awie sebagai duta produk kesihatan Long Jack di Bora Ombak di sini pada petang Selasa.


"Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Kalau betul saya penyanyi rock yang dikatakan telah pukul isteri, buktikan dahulu.

"Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

"Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

Pada Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi rock popular dan terkenal telah memukul isterinya di khalayak ramai di sebuah bank di Ampang di sini dan hal tersebut telah meluas di dalam media-media online.

sumber - mstar
Monday, 9 June 2014
22:59 0

JAIPP tuntut mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.


Setelah negara digemparkan dengan satu kejadian majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu telah tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, baru-baru ini, beberapa orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) telah ke majlis pengebumian Cina di Jalan Macallum bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari.

Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu.

Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut. 

Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang.

Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam.

Sumber: mStar
18:13 1

Kenapa China melarang Najib makan telur separuh masak

Kenapa China melarang Najib makan telur separuh masak

Dalam lawatan ke Negara China baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menghormati perhatian kerajaan China yang begitu mengambil berat tentang kesihatannya.

Katanya, seorang pegawai yang ditugaskan oleh tuan rumah itu malah telah melarang beliau  untuk makan telur setengah masak.

Najib berkata layanan khas dan istimewa semasa kunjungannya beliau ke China minggu lalu mencerminkan  bahawa hubungan yang terjejas ekoran tragedi kehilangan pesawat MH370 kini kembali normal.

"Seorang pegawai kesihatan bertanggungjawab untuk memastikan bahawa saya kekal sihat," kata Najib dengan nada berseloroh ketika menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelabur dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur.

"Saya biasanya suka telur saya separuh masak, tiga minit sahaja, tetapi pegawai rasmi China menegaskan bahawa telur mesti dimasak 10 minit, atas sebab-sebab kesihatan," katanya dalam persidangan InvestMalaysia 2014 di Kuala Lumpur.

Najib berkata Beijing turut menyediakan tiga buah limosin untuk pengangkutannya dan menganjurkan satu konsert eksklusif bertaraf dunia.

"Bagi isu MH370, China mahu ia berlalu dan membina hubungan lebih erat," katanya lagi.

09:20 0

Gambar Ronaldinho di Indonesia diambil oleh Fabio Cannavaro


 Siapa yang tak kenal dengan pemain bolasepak Brazil ini Ronaldinho yang gambarnya telah diambil berada di Jakarta, Indonesia. Tapi sebenarnya dia adalah Ronaldinho celup yang merupakan warga Indonesia sehingga diberi layanan seperti seorang  wira di Indonesia.

Tetapi apa yang menjadikan gambar ini lebih hebat adalah kerana  ianya telah disnap sendiri untuk tatapan seluruh  dunia oleh satu lagi legenda bolasepak Piala Dunia iaitu  Fabio Cannavaro.
Cannavaro telah menulis tweet berkenaan gambar dari Jakarta ini di mana beliau yang ketika ini dalam rangka siri lawatan Football Legends bersama-sama pemain bolasepak legenda seperti Alessandro Nesta, Rui Costa, Gino Gattuso, dan Rivaldo.


Kapten pasukan Itali pada tahun 2006 ini akan menjadi panel ITV British sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung.