Searching...
Monday, 24 March 2014
20:36 0

Post FB Suhaili Mustafa penumpang MH370 mintak sama2 carikan di mana dia tenggelam



Salah seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang masih belum dijumpai sehingga kini iaitu Suhaili Mustafa yang merupakan seorang pekerja di Freescale Semiconductor telah membuat post dalam facebooknya.

Apa yang menariknya dalam salah satu postingnya bertarikh 29 September 2013, beliau minta rakannya untuk mencari di mana hilang hatinya tenggelam.

 Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.
Wednesday, 5 March 2014
07:35 0

Adam Levine dedahkan dirinya seorang penghidap ADHD


Adam Levine
■ Adam Levine
 Penyanyi, Adam Levine, mendedahkan rahsia besar yang selama ini hanya diketahui keluarga terdekat iaitu dirinya penghidap ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Anggota Maroon 5 itu memaklumkan, beliau masih berusaha mengatasi permasalahan dialaminya terutama berkaitan kecelaruan fokus, namun pada masa sama mahu membantu golongan senasib.

“Saya selalu mengingatkan diri supaya membantu mereka yang memerlukan, terutama penghidap ADHD. Walaupun tidak terkejut apabila disahkan menghidap penyakit ini, kerana sejak kecil selalu sukar mahu fokus, saya masih cuba mengatasinya. Segera jumpa pakar “Jadi, kalau boleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai ciri kurang tumpuan, segera bertemu pakar.


Kadangkala orang tersilap anggap dengan mengatakan kanak-kanak ini sukar dikawal sedangkan hakikatnya ia berkaitan gejala ADHD,” katanya. Katanya, adalah lebih wajar jika sebarang kesulitan dapat dikesan sejak peringkat awal supaya bantuan selanjutnya dapat dihulurkan.
06:58 0

Sedihnya.... Yusof Haslam menitiskan air mata.


Pengarah dan penerbit tersohor Datuk Yusof Haslam mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton 'Konsert Teaterikal Suara Kita' yang membuka tirai pementasannya di Panggung Istana Budaya, pada Isnin (malam tadi).

Konsert tersebut buat pertama kalinya menggabungkan tiga bintang hebat tanah air yang pernah mencetus fenomena dalam industri filem tanah air sekitar 90-an iaitu Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain, menerusi filem-filem arahan Yusof sendiri.

Menurut pengarah filem pecah panggung 90-an antaranya seperti 'Sembilu' dan 'Sembilu II' itu juga, beliau bangga melihat ketiga- tiga anak didiknya itu berjaya menghayati watak dan menguasai pentas dengan begitu baik sekali.


"Saya nampak Awie, Erra dan Ziana berjaya menguasai pentas dan menghidupkan watak mereka dengan begitu berkesan di pentas tadi (malam tadi). Tahniah kepada mereka juga kepada pengarah konsert ini, Erma Fatimah.

"Ia satu nostalgia yang cukup bermakna. Sepanjang menyaksikan konsert teaterikal ini, ada beberapa babak yang buat saya menitiskan air mata. Saya terkenangkan perangai Awie, Erra dan Ziana sewaktu di zaman mula-mula saya mengarahkan mereka dalam filem-filem saya dahulu. Teringat kembali gelagat mereka ini.

"Sebenarnya saya terkejut bila daapat tahu mereka bertiga ni nak pentaskan semula filem-filem saya. Saya macam tak percaya mereka ni nak bergabung semula. Tapi bila melihat persembahankan mereka malam ini, saya percaya konsert ini akan medapat kejayaan", kata Yusof Haslam pada sewaktu sidang media yang diadakan sejurus usai pementasan, malam tadi.


.

Berlangsung selama lebih kurang tiga jam, 'Konsert Teaterikal Suara Kita' berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau kembali episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung.