Searching...
Friday, 28 February 2014
08:19 0

Pelukis Pantai yang Hebat

A Man Uses A Rake On The Beach. Once You Zoom Out And See What He Did, It Will Blow Your Mind.

Andres Amador is no ordinary artist. He neither draws or paints. He doesn't sculpt. Instead of a white canvas, he uses nature, namely the beach. Instead of a brush, he uses a rake. Andres creates artworks that are larger than 100,000 square feet. He spends countless hours on his pieces even though he knows that the tide will soon wash it away...

Andres reminds us that what is important as an artist: the journey rather than the destination.




He uses his rake and wet sand to create contrast.



His designs can be elaborate and intricate in nature.




Sometimes, they are more geometric.



Other times, more organic.



Andres also helps people propose.






Most importantly, he reminds us that art and beauty exist everywhere around us.



All we need to do is believe.













Wednesday, 26 February 2014
06:18 0

Plaza Tol R&R Terbesar di Malaysia

Kadar tol di Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah tidak melebihi RM10, menurut syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Pengarah Urusannya Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata JKSB mencadangkan kadar tol RM7 kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia tetapi keputusan muktamad hanya akan diumumkan pada 1 Mac.
"Kadar tol adalah kurang daripada RM10 tetapi melebihi RM7. Jika kadarnya terlalu tinggi, tidak banyak kenderaan akan menggunakannya," katanya kepada pemberita selepas lawatan suai kenal media di plaza tol Batu Kawan, di sini, Rabu.
Plaza tol jambatan kedua, batu kawan
Ismail berkata JKSB berharap untuk memperoleh keuntungan dalam tempoh 10 tahun dengan 100,000 kenderaan dijangka menggunakan jambatan itu di tengah-tengah kepesatan pembangunan Batu Kawan terutama kawasan perindustrian.
Jambatan berharga RM4.5 bilion itu, yang menghubungkan Batu Maung di bahagian pulau dengan Batu Kawan di tanah besar, dijangka dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sabtu ini dan dibuka kepada kenderaan pukul 12.01 tengah malam, Ahad.

Plaza tol jambatan kedua, batu kawan
Ismail berkata tender bagi pembinaan dua Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) akan dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang membabitkan kos RM60 juta dan dijangka siap dalam masa tiga tahun. - BERNAMA & mStar online
Tuesday, 25 February 2014
18:47 0

Perompak kena ketawa

BAYANGKAN anda seorang kakitangan bank yang sedang berhadapan dengan seorang perompak bersenjatakan pemotong daging.
Sebagai seorang manusia normal, pasti anda akan menunjukkan reaksi terkejut dan takut apabila berada dalam situasi itu.
Namun, ia berbeza di sebuah bank di Shanghai apabila kakitangan wanita itu tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malah sempat menoleh ke arah rakannya yang berada di belakang dan ketawa.
Dia seolah-olah berkata,” Perompak ini ingat dia boleh merompak bank ini agaknya!”.
Sebelum itu, seorang pelanggan wanita segera beredar apabila melihat kehadiran perompak itu.
Hanya beberapa ketika, dua pengawal keselamatan menghampiri lelaki berkenaan dan menumbangkannya dengan begitu mudah sekali.
Ternyata kakitangan wanita tersebut sudah boleh menduga ‘kebodohan’ perompak itu yang datang berseorangan dan dalam keadaan tidak bersedia.
Lagi pun, dia dan perompak tersebut dipisahkan oleh cermin kaca, jadi apa yang perlu ditakutkannya. Tak gitu?

18:33 0

Dua Kanak-Kanak Lelaki Mati Dikelar, Pembantu Rumah Bunuh Diri

KUALA LUMPUR – Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun mati dipercayai dikelar pembantu rumah mereka sebelum dia membunuh diri di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Junaidi Bujang berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi hingga 6 petang ketika ibu bapa dan anggota keluarga lain tiada di rumah berkenaan.
“Kejadian itu diketahui kira-kira pukul 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah. Dia menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah warga Indonesia di bilik pembantu rumah.
“Seorang lagi cucunya yang berusia lima tahun dijumpai di tingkat atas,” katanya.
Beliau berkata, siasatan polis mendapati pembantu rumah berusia 30 tahun yang bekerja hampir dua tahun itu dipercayai membunuh kedua-dua kanak-kanak itu sebelum membunuh diri dengan mengelar lehernya.
Junaidi berkata, tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku.
“Ketiga-tiga mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita juga menjumpai tiga bilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh,” katanya. – Bernama